Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, March 10, 2012

~Pendirian~

Assalamualaik..
Bismillahirrahmanirrahim..

Kata orang apabila seorang pelukis itu dikatakan hebat apabila lukisannya itu membawa maksud yang tertentu, iaitu maksud yang terpendam didalam hatinya. Jika hatinya sedih, maka, lukisan itu kelihatan suram dan kelam ibarat hatinya. Jika hatinya gembira, dilukis lukisan itu penuh warna warni dan keindahan.

Begitu juga kata orang jika seorang penyair apabila dia mendendangkan syair dan puisinya, kandungan syairnya itu membawa maksud apa yg hatinya ingin di sampaikan. Jika gembira hatinya, syairnya akan berbaur bahasa2 yang ceria dan semangat. Tetapi jika hatinya sedang sedih, syairnya akan terangka dan terluah dalam keadaan tidak bersemangat dan juga maksud syair itu juga berbaur kesedihan..

Makanya, saya tidak pandai untuk melukis, tidak pandai juga utk mencipta puisi, saya hanya pandai bercakap.  Tetapi input yang ingin saya keluarkan itu kadangkala bermanfaat kepada pendengarnya dan kadangkala tiada manfaat kepada pendengarnya.. Walaupon bagi saya, sekalipon kata2 seseorang itu kelihatan nya tiada manfaat bagi pandangan orang lain, tp bgi saya, cubalah ambik manfaat daripada kata2 itu dalam bentuk nasihat atau pengajaran.. In sya Allah.. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita..



Jadi, saya sentiasa perlu berhati2 ketika bercakap, malah apabila sudah terlepas cakap, saya sudah tidak dapat undur, sukar untuk menarik semula kata2 itu andai ia sudah berbekas pada hati si pendengar.. Kadang2 apabila saya sedih, saya marah, saya berdoa agar saya tidak bercakap. Jika bercakap dan tersilap menyusun kata, habislah binasa badan saya dicemuh dan dibenci oleh si pendengar. Allah Maha Mendengar lagi Maha Memahami . Kerana manusia yang masih lemah imannya setiasa dipermainkan oleh syaitan, iblis dan nafsunya sendiri.. Semoga aqal nuraniku sentiasa menjadi raja menguasai diri ku ..


Oleh itu, saya memilih untuk menulis. Menulis apa sahaja.. Kemudian, saya semak semula, cari kebaikan dan keburukan tulisan itu, walaupon kadang2 saya tahu dan sedar akan kesilapan dan keburukan tulisan saya, saya tetap akan biarkan utk sesuatu tulisan dengan harapan pembaca itu belajar untuk menilai. Dan sudi mengingatkan saya akan keburukan tulisan saya. Namun bukan itu yang saya harapkan. Sekadar lepasan agar ia menjadi pengajaran buat saya dan pembaca. Jika sedikit manfaat tiada dlm penulisanku, bolehlah menegur dan saya akan  pertimbangkan ingin memadamnya atau tidak..

Saya suka menulis, walaupun kadangkala tidak banyak nampak tulisan saya di sesawang ini, kerana saya telah banyak menulis di tempat yang lebih special. Di atas sejadah dan juga di atas helaian kertas @ elektronik. Begitu banyak saya menulis, begitu banyak juga saya dapat melihat ketidakmatangan diri ini dan kesilapan2 yang saya pernah lakukan. Malah hati saya juga menjadi lebih sejuk jika tadinya panas. Hati saya hilang debarnya apabila menulis tentang debaran itu. Hati saya juga akan terus gembira jika menulis tentang kegembiraan itu.. Ya Allah semoga ia membawa kegembiraan sentiasa~

Kata orang ingin menulis juga perlu skill. Malah penulisan ini juga ada peperiksaannya. Skill menulis juga ada kelas yang disediakan. Tetapi saya bukanlah ingin membuat novel sehingga saya perlukan skill itu, (walaupun saya ada masuk kelas penulisan suatu ketika dahulu), cumanya saya hanya ingin meredakan hati ini, yang kadang2 terlalu sedih, fed up, marah, ataupon terlalu gembira..  Bukanlah saya melepaskan segalanya dengan menulis, tetapi dengan cara itulah saya melepaskan segalanya.. Cubalah jika tidak percaya.. Jika anda tidak mahu lagi tanggung  masalah dan bebanan itu didalam fikiran anda, lepaskan melalui tulisan bukan bercakap.

Kerana apa saya memilih utk menulis dan  tidak bercakap? Kerana jika bercakap, kita perlu mengulangnya kepada setiap orang yg prihatin dengan kita berulang kali, dan kadang2 ia menjadi cerita lain pulak, itu yang parahnya, tetapi jika dengan tulisan, hehe, perkara itu tetap sama walaupon dibaca selama 100 kali..kebiasaannya mereka yang tidak mampu berfikir dengan lebih matang lagi akan merasakan perkara@masalah yang mereka fikirkan itu satu tekanan dan seterusnya membuatkan perkara remeh juga dianggap berat, kerana perkara sebelumnya  yang menjadi masalah mereka itu masih tertangguh di dalam fikiran mereka tidak dilepaskan.. 

Pendek cerita@kesimpulan@khulasahnya :: ambillah pengajaran dan menasihatilah jika ingin di nasihati kembali..

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)