Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, July 9, 2012

:: Surat kakak untuk adik ~~^^


Buat adikku tersayang... Pada suatu ketika, ibumu terpaksa menahan kesakitan ketika melahirkanmu, itu biasa terjadi kepada semua ibu2 yang yang melahirkan anak.. Ketika di usia sekolah, aku tahu hatimu ingin cepat menginjak ke usia remaja seterusnya dewasa, kerana aku juga begitu.. Sekarang, kakimu telah berjaya berpijak di suatu tempat yang layak utk seorang remaja yang matang.. Tetapi kau jangan seronok dulu, kerana aku juga pernah mengalaminya dan ternyata cabaran dan dugaan yg lebih besar menantimu di hadapan.. Malah, cabaran dan dugaan itu memerlukan suatu pandangan dan pemikiran yang positif.. Kau beruntung kerana ada seorang kakak dan seorang abang yang boleh dijadikan rujukan.. Tinggal saja antara kau nak atau tidak.. Sekalipun kau tidak mahu, aku dan abang akan tetap berpesan kepadamu.. Walaupun aku tahu di sudut hatimu, terselit suatu harapan agar dirimu sentiasa dalam jagaan dan lindungan agar tidak sesat dan terpesong daripada jalan yang benar.. Aku bukanlah malaikat yang sangat baik dan kemudian ingin adiknya mengikut jejaknya, tetapi aku hanyalah seorang kakak yang berharap agar adiknya tidak mengulangi kesilapan silamnya, memanfaatkan ilmu yang pernah dikutip, dan menjadi pembetul kepada kesalahan dan kesilapannya.. 


Aku pernah berpesan kepadamu suatu ketika dulu, dan hari ini aku ingin berpesan sekali lagi dan sekaligus mengingatkan diri aku sendiri yang sama saja seringkali lupa dan perlukan bimbingan, kerana Allah berfirman ayat 55 surah Al-Zaariyat; "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin." 


Jika kau ingin berubah ke arah lebih baik, kau boleh dan mampu berubah, dengan syarat hatimu berkeinginan terhadap perkara itu. Sebaliknya jika bibir sahaja mengucapkan tetapi hati tidak pernah mengiakan, perubahan itu tidak akan pernah berlaku... Jadi, apakah prinsip hidupmu sekarang? 


Kau dan aku adalah seorang Islam, yang dididik didalam suasana keluarga Islam dan persekitaran pembelajaran di sekolah dahulu juga adalah Islami. Tapi, malangnya aku tidak pernah menghargai dan memahami Islam kerana aku sekadar mengikuti jejak keluarga sekalipun ketika peperiksaan agama, hebatnya aku dapat skor yang terbaik.. Justeru kerana tiada penghayatan dan pengamalan menyebabkan diriku hanyut dibuai nafsu dan seringkali menyebabkan orang tua kita sedih keranaku.. Buat pengetahuanmu, aku menyesal kerana dahulu aku tidak pernah ingin memahami dan menghargai ilmu Islam itu sehinggalah aku menjejakkan kakiku di alam kampus.. kenapa di kampus? aku pernah bercerita padamu sebelum ini.. Adakah kau ingin jadi begitu juga?? Sudah tentu tidak! Jadi ambillah ia sebagai pedomanmu..  


Pada pemerhatianku, kau tidak terlambat untuk menghayati dan mengamalkannya kerana kau punya semua kemudahan dan sumber.. Aku tidak mahu kau menyesal kemudian hari.. Apa yang kau nak semuanya ada dan boleh didapati.. Tinggal saja antara kau menginginkannya kerana iman atau nafsumu.. Adakah kau sedar bahawa nafsu yang tidak terkawal itu adalah antara musuhmu yang nyata selepas syaitan laknatullah? Cubalah mengawalnya, aku juga sedang berusaha dan aku yakin kau juga begitu. 


Setiap manusia mempunyai keinginan untuk diberikan perhatian, kasih sayang, dan belaian.. sehinggakan kadang2 seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian itu.. sama ada perkara baik atau perkara buruk.. Dan kadang2 dia telah berjaya melakukannya sehingga timbul masalah lain dan kadang2 dia juga telah berjaya mengawalnya kerana dua sebab, imannya bersuara atau dirinya takut dengan cabaran. Kau juga begitu, aku tahu kerana diri aku juga begitu, dan semua orang begitu.. Boleh aku tahu bilakah kali terakhir kau mengucapkan bahawa kau sayang akan ibumu? kau sayang akan ayahmu? dan kau sayang akan adik beradikmu yang lain? tepuk dada tanya imanmu. 


Tetapi bila difikirkan kembali, aku tahu ia adalah salah diriku sendiri kerana ego yang tinggi untuk menyayangi dan memberi perhatian kepada orang lain.. Aku juga ego untuk mengatakan 'aku sayang akan kalian', menyebabkan aku terpaksa mencari altenatif lain untuk memenuhi keinginan itu. Tetapi yang lucunya, aku seorang yang takutkan cabaran menyebabkan aku tidak memilih altenatif itu, tetapi sebaliknya berlaku pada dirimu. Kau tidak takut, kau berani menghadapi cabaran baru, dan kau juga tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, dan kau mampu jika ingin memilih altenatif lain itu yang tidak pernah menjanjikan bahagia,  jadi itu yang patut kau risau kerana kau hanya mampu bergantung kepada imanmu.. Jika imanmu lemah, maka rebahlah dirimu, tetapi jika imanmu kukuh, kau yang akan bangunkan mereka yang lemah termasuk diriku.. Semoga imanmu sentiasa menyebelahimu.. Itu harapan aku dan juga keluarga kita. 


Berada di tempat baru, dikelilingi oleh manusia-manusia baru, dan dihujani perkara-perkara baru memerlukan kepada komitmen dan fokus yang tinggi. Sifat berdikari juga harus ditanam agar kita tidak dipermain dan ditindas. Itu aku yakin kau melepasinya kerana kau seorang yang sangat berdikari malah fokusmu cukup tinggi. Cumanya yang aku risau adalah komitmenmu.. adakah kau punya masa untuk mengislahkan dirimu? untuk bermuhasah? berhalaqah? berusrah? adakah sikap tidak pedulimu masih menebal dalam dirimu? Kau dan Allah lebih mengetahui. Kau lebih jelas akan dirimu.. Aku hanya ditugaskan oleh Allah untuk mengingatkanmu agar tidak melatah di kemudian hari.. 


Dalam dirimu ada mutiara yang tiada dalam diri adik beradikmu yang lain. Koreksi diri, lihat pada kelebihan-kelebihanmu agar kelebihan itu dapat dimanfaatkan untuk ummah. Semoga kau berjaya. Kau ada pendirian, aku juga ada pendirian, tetapi pendirian itu mudah digoyahkan oleh manusia yang suka melihat orang lain jatuh. Kita berdua belajar apakah perkara yang haram, apakah perkara yang halal.. Jika tidak jelas (syubhah), kita boleh bertanyakan kepada yang pakar dan yang tahu, itu tidak pernah menjadi masalah bagi kita. Tinggal saja  adakah kita ingin terus bersenang dengan perkara yang jelas haram atau syubhah itu ataupun kita ingin bersenang dengan yang jelas halal dan keredhaan Allah.?? Itu juga antara perkara penting yang patut kau beri perhatian lebih.. 


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.. Jangan kau salah faham dengan pernyataan ini dengan mengatakan keredhaan ibubapa itu mendahului keredhaan Allah sehingga kau berfikir, tanpa keredhaan ibubapa kita tidak mendapat keredhaan Allah.. Ya! itu tersuratnya. Manakala tersiratnya adalah, memperoleh keredhaan ibubapa itu adalah tanda kita memperoleh keredhaan Allah.. Apabila ibubapa kita redha dengan tindakan kita menandakan redhaanya Allah dengan tindakan kita, tetapi jangan silap, hanya tindakan dan perbuatan baik sahaja yang hendak difokuskan.. Maka, kau tanya diri kau, aku juga perlu tanya diriku. Adakah selama ini ibubapa kita merestui perbuatan kita? Jika ya, alhamdulillah.. Allah juga meredhainya. Jika tidak, Na'uzubillah mendapat kemurkaan Allah.. 


Aku ingin sama2 kita berfikir sejenak. Pernahkah selama ini kita memikirkan dan cuba penuhi apa yang ibu bapa kita inginkan?? atau selama ini kita hanya fikirkan bolehkah ibubapa kita bagi apa yang kita inginkan?? Mungkin saja pernah kita fikirkan kedua2 persoalan ini, tetapi pada pemikiran aku, persoalan kedua itu lebih banyak kita utamakan berbanding persoalan yang pertama. Adakah kau setuju? Jadi jika ya, apakah tindakan kau? dan aku juga?? Cuba kau listkan apakah keinginan mereka yang telah kau penuhi.. Aku juga akan listkan..  


Dan pernah kau terfikir kenapa begitu sukar untuk kita penuhinya? aku pernah terfikir. Dan ini pendapat aku..
Kata ustaz dan ustazah, dan kata umi dan abuya juga, hablun minannas bergantung kepada hablun minallah. Sejauh mana perhubungan kita dengan Allah??  Baikkah? sederhana? memuaskan? atau teruk? Allah telah menggariskan perkara2 yag perlu kita lakukan sebagai hamba-Nya dan antara yang paling utama ialah; "Aku tida menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku." [Al-Zaariyat: 56].  


Sejauhmana ibadah kita kepada Allah?? Jangan kau sempitkan skop ibadah itu, ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Dari bermula bangun tidur sehingga ingin tidur kembali. Aku perjelaskan lagi, ibadah kita kepada Allah mencakupi aspek, 5 rukun Islam,  pembelajaran, pemakanan, pemakaian, berkomunikasi, pergaulan, bahkan ketika bersendirian juga kita abadikan setiap gerakan kita biarlah menjadi suatu ibadah kepada Allah.. Senang atau susah??Dan sebenarnya, mentaati perintah ibu dan bapa itu adalah antara ibadah kita kepada Allah.. sekarang kau nampak apa yang aku ingin sampaikan? Jadi dimanakah kedudukan kau sekarang sebagai hamba Allah? Aku juga harus menjawabnya.. 


Bagi diriku, masih jauh untuk aku digelar diri seorang hamba yang taat seterusnya digelar seorang hamba yang solehah jika ingin dilihat daripada kehidupan sosialku dan perhubunganku dengan manusia. ini kan pula ingin dicop sebagai anak solehah, jika sedikit permintaan umi dan abuya pun tidak dapat aku penuhi. Kau tahu ke apa keinginan umi dan abuya? Aku tahu, kerana aku pernah bertanya kepada mereka dan aku sedang memenuhi keinginan mereka. Dan aku berharap ia mendapat keredhaan Allah juga. 


Kau nak tahu apa keinginan mereka? Mereka ingin aku menjadi seorang anak yang solehah dan ingin melihat aku mendapat pointer yang tinggi. Dan mereka telah menggariskan secara tidak langsung langkah2 untuk menjadi anak yang solehah dan menjadi pelajar cemerlang iaitu agama yang mereka terapkan.. Tinggal saja diriku ingin memenuhi dan mengikuti langkah itu atau tidak.. Kau tahu, kadang2 tindakan yang aku buat untuk memenuhi permintaan umi dan abuya dipersoal oleh sahabat2 dan orang sekelilingku, tetapi aku tidak dapat menjawab dengan tepat dan memuaskan hati mereka kerana jawapan yang mereka harapkan tidak akan dapat memenuhi keinginan dan hasrat ibubapa kita.. Tetapi apa yang aku buat hanyalah bersabar.. Kau juga harus bersabar ye..  


Kau boleh bertanya kepada umi dan abuya secara langsung atau ambil saja harapan mereka yang aku jelaskan di atas. Dan yang pasti, harapan2 sampingan mereka yang lain akan menyusul dengan izin Allah setelah kita berjaya melaksanakan harapan utama itu.. Kau tak percaya? Cubalah.. Ini cabaran untukmu.. 


Panjang sudah aku mengomel, harapnya ada balasan daripadamu. Aku tunggu biarpon lambat. Harapnya balasan kau nanti suatu berita gembira buat semua dan penyelesaian buat masalah kita.. Wallahu a'lam. Assalamu'alaik.. 


::Aku menasihati agar aku juga dinasihati::

No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)