Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, April 7, 2012

Ada apa dengan 6April



Lewat tengah malam, gadis itu terpaku dihadapan netbooknya, melayari internet disamping mengisi ruang2 diarinya.. tanpa disedari  jarinya menekan perkataan album di skrin, hatinya sebak seraya terdetik..

"Ya Allah..
Hanya Allah saja yang tahu,
Apabila aku melihat wajah itu, mengalir air mataku, aku tidak tahu apakah perasaan aku ketika ini. Sakit batinku mengingatinya.. Aku keliru. Aku kehilangan identiti, aku tidak mengenal diri aku. Sedetik sahaja aku dapat menatap wajahnya,tidak boleh dilanjut2, jika tidak, melimpah lagi tangungan mata ini.."

Pelik gadis itu rasakan saat itu, kenapa mesti dia mengalirkan air mata?? Sebak menyerang dada. Gadis itu tidak seperti orang lain, tersenyum kerana dapat melihat orang tersayang.. Malah berangan2 untuk bersama..  Saat itu dadanya berdebar kuat, kalimah Allah dan Rasulullah terbayang difikirannya, wajah ibu dan ayah bermain dimatanya..  Tiba-tiba, jantung yang berdenyut laju itu mulai perlahan-lahan berdenyut dan kembali normal. Sebak yang terasa perit di dada td hilang serta merta..


"Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah, Engkau masih menjaga hati ini.. Terima kasih jua kerana mengingatkan amanah2 ibu dan bapaku." Bisik hati kecilnya..

"Ya Allah..
Kau tunjukkanlah aku petunjuk. Hanya Kau sahaja yang tahu isi hatiku dan dia.."

Friday, April 6, 2012

Aku dan Qarin



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaik..

Allah telah memberi sesuatu yang baik kepadamu.. Seharusnya engkau bersyukur, bukanlah mengingkari perintah-Nya..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Segala puji bagi Allah sekelian alam.
Sekalipun aku hanyalah manusia biasa tetapi aku juga punya perasaan dan keinginan untk menjadi seperti manusia luar biasa hebatnya yang lain iaitu mereka yang berjaya dan hidup di dalam kesenangan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, aku tidak hanya berangan-angan tetapi cuba untuk merealisasikan impianku itu, sehingga aku benar2 berpuas hati… kesedaran yang aku perolehi tidakku pasti sahabat yang lain juga perolehinya, bersama dengan pembacaan aku sebentar tadi berkaitan dengan jin Islam. Aku sangat teruja dan kagum dengan kebolehan serta ke'izzahan yang Allah kurniakan kepada sesetengah hamba-Nya yang mampu dan berpeluang untuk berbual dengan jin Islam yang telah menyusup masuk ke dalam jasad sahabatnya, antaranya ialah Muhammad Isa Dawud..

Sehingga aku juga bercita-cita ingin berpengalaman seperti beliau. Tetapi itu bukanlah mudah seperti yang di jangka, kerana ia memerlukan keimanan dan ketaqwaan di dalam diri sehingga mana2  Jin Islam sudi berdialog dengan kita..  Namun aku sangat bersyukur apabila ditemukan dengan buku itu, semoga buku itu ada kebenaran yang nyata..


Sunday, April 1, 2012

Hanya Dia di hatimu



kadang-kadang hidup ini perlukan teman utk bimbingan, nasihat dan pesanan agar tidak leka dan jauh dari landasan kebenaran..


kadang-kadang juga hidup ini perlukan masa bersendirian, agar kita dapat muhasabah diri kembali, mendekatkan diri kepada-Nya.


tetapi kedua2 sering saja manusia silap.
apabila mereka ingin seorang teman, mereka selalu sahaja ingin berteman,
bilamana mereka ingin bersendirian, mereka selalu saja tidak ingin diganggu,


Namun hakikat sebenar, keduanya bergerak dan mengalir seiring bersama ruh kita,
tinggal mahu dan tahu sahaja kita menghargai detik2 itu..


biarpon ada yang membantah permintaan mu sehingga dirimu tidak berpuas hati,
kamu sedaya mampu agar tidak mengeluh,
sedaya mampu juga kamu hargai bantahan mereka,
kerana disitu ada hikmah yang Allah nak tunjukkan,


Apabila kamu merasa lemah,
malah apabila kamu merasa seperti tiada yang mengerti..
itu tandanya ,
Allah ingin kamu datang sujud kepadanya,
meraih semangat dan kefahaman dari-Nya,
kerana Dia sentiasa ingin membahagiakan hamba-Nya,


Hanya Dia,
Dia yang sentiasa menanti dirimu sentiasa kasih dan cinta kepada..
Hanya Dia....

Saturday, March 10, 2012

~Pendirian~

Assalamualaik..
Bismillahirrahmanirrahim..

Kata orang apabila seorang pelukis itu dikatakan hebat apabila lukisannya itu membawa maksud yang tertentu, iaitu maksud yang terpendam didalam hatinya. Jika hatinya sedih, maka, lukisan itu kelihatan suram dan kelam ibarat hatinya. Jika hatinya gembira, dilukis lukisan itu penuh warna warni dan keindahan.

Begitu juga kata orang jika seorang penyair apabila dia mendendangkan syair dan puisinya, kandungan syairnya itu membawa maksud apa yg hatinya ingin di sampaikan. Jika gembira hatinya, syairnya akan berbaur bahasa2 yang ceria dan semangat. Tetapi jika hatinya sedang sedih, syairnya akan terangka dan terluah dalam keadaan tidak bersemangat dan juga maksud syair itu juga berbaur kesedihan..

Makanya, saya tidak pandai untuk melukis, tidak pandai juga utk mencipta puisi, saya hanya pandai bercakap.  Tetapi input yang ingin saya keluarkan itu kadangkala bermanfaat kepada pendengarnya dan kadangkala tiada manfaat kepada pendengarnya.. Walaupon bagi saya, sekalipon kata2 seseorang itu kelihatan nya tiada manfaat bagi pandangan orang lain, tp bgi saya, cubalah ambik manfaat daripada kata2 itu dalam bentuk nasihat atau pengajaran.. In sya Allah.. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita..


Thursday, March 8, 2012

:: Fitrah Sebenar ::

Menjadi manusia sangat mudah,
jika jiwa penuh dikuasai nafsu.
Namun,
Menjadi manusia juga sangat mudah,
jika jiwa penuh dikuasai Iman.
Namun,
Menjadi manusia sangat payah,
jika jiwa tidak kenal nafsu dan iman.

Asal kehidupan manusia itu suci,
Dipenuhi Iman terhadap illahi.
Namun,
Pabila perkara asas tidak dipeduli,
jadilah nafsu menguasai,

Wahai manusia merangkap khalifah,
kembalilah ke fitrah asal kehidupan.
Mencintai Allah dan juga Rasulullah,
meninggalkan segala mainan syaitan.

Datanglah pelbagai perubahan,
daripada tradisional ke moden,
tetapi,
Manusia tidak akan dapat lari,
daripada berpandukan Quran dan Sunnah.

Sedihnya Rasulullah jika melihat iman dan aqidah umatnya sekarang yang kian jauh daripada sinar Islam,
maka,
janganlah kita menjadi antara golongan umat Rasulullah yg dikesali iman dan aqidahnya. 

Saturday, March 3, 2012

Pengajaran buat wanita khususnya..

Gadis itu memandang ketingkap,merenung  awan gelap mendung dan redup.
'Seperti ingin hujan', detik hati gadis itu..
Tiba2 pintu biliknya diketuk dari luar. Dia yang baharu ingin menyuakan nasi  ke mulut terbantut.. Gadis itu bergerak ke pintu dan dilihatnya seorang wanita berusia yang memperkenalkan dirinya sebagai warden disitu bertanyakan kepadanya beberapa perkara. Setelah 10min perbualan itu, Dr.Zurainah nama warden itu meminta diri utk pulang. Gadis itu tersenyum pekat.  Terasa kesakitan di tulang pipi dan kepalanya akibat menangis teresak2 awal tengahari tadi. Kemudian dia menutup pintu dan terus kembali menyambung makan tengaharinya..

Gadis itu kembali menjengah jendela biliknya.
"Alhamdulillahi rabbil 'alamin..", bibirnya mengucap syukur yang tidak terhingga apabila hujan rintik tiba2 turun. Terasa bagaikan dirinya begitu diberi perhatian oleh Tuhannya. Setelah dia menangis teresak2 awal sebelum zohor sehingga masuknya waktu zohor kerana kesedihan hatinya dengan berita yang baru dia perolehi daripada seorang kakak yang telah dianggap seperti kakak kandungnya, dia berhenti utk makan kerana perutnya meminta utk diisi sesuap nasi..


Thursday, February 23, 2012

secangkir mutiara kata~~

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama teratak ini sunyi, ingin sekali aku mencoret sesuatu di teratak ini.. tetapi masa dan upaya tidak mengizinkan aku. Namun di kelewatan waktu dhuha ini, aku terasa sesuatu yang benar2 ingin dikongsi dengan sahabat2.. sekadar coretan cerpen yang boleh dijadikan peringatan buat diri yang sering lupa ini..

Di keheningan pagi, gadis itu berteleku di atas sejadah memikirkan nasib dan sikap dirinya daripada dulu hingga ketika itu. Sungguh dia sangat bersyukur kepada Allah kerana sentiasa bersamanya. Satu perasaan yang wujud dalam dirinya yang mana gadis itu yakin, perasaan itu jugalah pernah wujud dalam diri hamba Allah yang telah berubah ke arah lebih baik.. Dia sangat bercita2 ke arah itu, dengan izin Allah..

Gadis itu ingin sekali  berkongsi perasaan itu dengan sahabat-sahabatnya, kerana perasaan itu sangat membuatnya tenang dan bahagia. tetapi, sehingga saat ini dia masih belum pasti adakah sahabat2nya dapat merasai perasaan itu atau tidak.. Dia hanya mampu menzahirkan melalui kasih sayang dan juga nasihat antara satu sama lain.

"Akak, kalau saya buat salah ke, silap ke, tegur lah saya. Saya memang mengharapkan teguran. barulah saya akan mampu menjadi lebih baik."

Monday, November 28, 2011

Parah!

Bismillah...

seusia hidup aku,
mencari secebis ketenangan begitu sukar,
bukan tiada,
tetapi jauh untuk digapai.

itulah kata orang,
bila kata terlepas,
badan binasa,
hatikan terguris,
sekali lukanya terbentuk.
akn sukar diubati..

bukan aku tak tahu,
cuma dia tidak faham,
aku yang faham juga masih liat,
bagaimana mereka yg x faham,,
air pasng sudah surut,
namun hati yg terguris,
sukarnya nak surut..

pencarian demi pencarian,
semakin melemahkan aku,
bukan tempatku barangkali..
tetapi ,
hakikatnya,
aku masih tidak menyelak keseluruhan muka surat,
aku hanya bermain di muka surat sebelah, sekarang dan..
sebelah depannya,
begitu banyak pulak aku selak,
jadi, kadangkala,
ia tidak melegakan hati ini,
mungkin saja hepi ending,
dan boleh juga sad ending,
aku terkilan kesorangan..
tiada yg membantu,
tiada yg memahami,,
sukar nya mencari yg benar2 masuk dengan kepala ini,,
bagi nukilan2 di muka novel,
segalanya hanya khayalan dan mimpi sendiri..
parah,,
aku semakin parah,,
luka aku belum2 lega.
dah ditambah luka yg lain.,
ingin ku sihat, tanpa luka2 yg tidak selesa ini..

di kejauhan aku tahu kau sedang melihat..
maafkan aku..
aku perlu buat sesuatu,
kau jangan melihat saja,
bantulah aku yang sedang parah ini...
tolonglah ubati aku........

Sunday, November 6, 2011

langkah pertamaku~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Semala saya samapai dirumah, setelah sebulan bercuti diluar, akhirnya saya menjejak kaki ke rumah tercintaku ini lagi... tinggal lagi 2 bulan cuti saya.. dan hari ini 6hb nov dan juga hari raya aidiladha.. ^_^...

semalam, di rumah pakngah, saya berjanji dalam diri,,

"SAYA PERLUKAN PERUBAHAN"

namun saya terfikir, kuatkah saya?? tp bila memikirkan, teruknya saya andai tidak berubah, saya mesti kuat walaupun hakikatnya.. huuuu

tapi semalam adalah kenangan terindah saya.. saya sangat bahagia... ^_^

famili saya sampai nak menjemput saya disitu utk pulang ke rumah,, TERHARUNYA ..
kami balik dan singgah ANEKA, memang shopping abih kat situ, *shopping sampai abih duet , hahaha*. sampai rumah mulalah nak guna barang2 yg dah dibeli, speaker HKV(sokong jenama Malaysia) all in one, radia ada, USB ada, karaoke ada, DVD ada, sumalah katakan, dan electric thermo pot baru... hu! lama py letak tepi, pakai yg baru.. erm, namun bukan itu yg menggembirakan saya, tetapi malam itu..

kami satu famili duduk bersama makan RFC yg dah sejuk dan kemudian berkaraoke, hahahaha, kelakarnya,, suma pakat nak menerai mic baru di tmbah mic lama, berduet ada bersingle pon ada.. paling lucu saya yg paling teruk, even dalam famili sendiri pon malu.. apa nak jadilah.. kata ayahku... hehe,

macam2 lagu terkeluar, dari lagu melayu lama(abg saya lah), lagu2 nasyid (ayah sayalah)lagu maher zain (adik saya) , lagu raya(mak saya) campur2(saya lah tu) dan pakai balun ja(adik kecik saya).. hehhehe

saya harap senyuman pagi hening itu berkekalan.. ameen~
PERUBAHAN!!,
itu satu ungkapan yg sukar nk ditafsirkan..
perlukan kekuatan mental dan fizikal,
mungkin saja sejarah kan berulang,
sama ada baik atau buruk,
itu terpulang kepada watak utamanya,
dan bagaimana pengarahnya berperanan.
itu yg penting menjdikan,
sebuah telemovie itu meletup,
spread ke seluruh dunia,
^_^
nice thougt ,walaupun sangat annoying... aish,, haha

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)