Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, June 28, 2014

Rindu kau, maafkan aku teman.

Merindui sahabat lama. Rindu yang amat.



***


5 tahun sekelas.
3 tahun menjadi karib.


Ke mana saja juga berdua.
Sering bersaing ingin berjaya.
Saling memberi motivasi.
Pelbagai janji dibuat akan dilakukan bersama.


Malangnya, 
belum sempat genap 6 tahun perkenalan, 
bala menimpa.
Salah faham berlaku.
Seterusnya terputus ikatan karib yang disebut-sebut, 
yang dibangga-bangga.


Salah siapa? 
Aku ataupun kau?
Persoalan demi persoalan tidak pernah hilang.
Setiap kali terfikir tentang dirimu.

Ikhlaskah selama ini persahabatan kita?
Atas dasar apa kita selalu bersama?
bergelak ketawa?
bergurau senda?
Adakah ianya retorik semata-mata?
Demi mengaburi mata manusia sekeliling?
Bahawa kita hebat 
dalam bersahabat?
Bahawa kita very caring and so lovely?


***


Perkenalan bukan atas dasar mencari keredhaan Allah,
retak belah tidak bergantilah jawapannya.
Kata aku, 
sahabat biar 1000000,
musuh yang satu jangan dilupa, 
supaya tak menambah yang kedua.
Padahal musuh jangan sesekali.

***


"Walaupun berpisah beribu batu antara kita.
Aku masih tetap ingat dan mendoakan kau berjaya dan sihat sentiasa.
Maafkan aku teman.
Aku tidak mampu menjadi sahabat sejatimu dunia dan akhirat.
Namun aku pasti akan tetap pegang janji-janji yang pernah kita ikat.
Biarpun kau sudah melupakannya, 
aku tetap akan mengingatkan kau dalam doaku."


#Surat dari sahabat kepada sahabat


*Tetiba rindunya sahabat sekolah dulu... T_T
semoga Allah redha perkenalan kita.

Sakitnya dulu, pengubat hari ini- Zulna

          Matahari terik memancar petang itu. Ramai pelajar sekolah agama itu berjalan berkumpulan, bersendirian dan berdua menuju jalan raya. Kelihatan seorang gadis sedang menahan tapak tangannya di dahi bagi mengelak pancaran cahaya matahari mengenai wajahnya. Tiba-tiba bahu kirinya dicuit.

"Weyh, kot nak tunggu aku."

"Tunggu hang? Hang duk buat apa tadi? Aku nak cepat la. bas aku pukul 2.30 ni." Rungut gadis itu, sudahlah panas, terpaksa menunggu orang lain pula. Berkerut habis dahinya.

"Alah.. Lek la weyh.. sekarang baru pukul 1.30. Jom pi makan dulu bihun sup. Tepi The Store tu. Nak??" Ajak kawannya sambil tersengih.

"Hang buat apa tadi???" Sekali lagi soalan itu ditanya, sambil kepalanya menjenguk-jenguk jalan. kelihatan kereta masih jauh, gadis itu terus melintas.

"Aku ada meeting la tadi. Hang pun bukan tak tau. Aku kan dah bagi tau masa habis kelas tadi??" Kawannya menjawab sambil membontoti gadis itu melintas jalan menuju ke kawasan taman permainan.

Tiba-tiba, gadis itu berhenti dan berpaling memandang kawannya.

"Ara." Panggil gadis itu bila melihat kawannya sedang ralit membelek dalam begnya.

"Awat?"

"Makan situ ja la." Sambil tangan menunjuk kepada kedai makan berderet di sebelah kanan selepas kawasan taman permainan itu.

"Ikut hang la. dekat sikit aku nak balik sekolah. Ayah aku mai ambil aku pukul 3. Kakak aku ada buat discussion la pulak."

"Ye la. Jom"

Mereka duduk di salah satu meja setelah meninjau-ninjau meja makan yang sesuai.

"Kak. Bihun sup dua. Cabai lebih tau." Gadis itu mula menempah makanan. Tiba-tiba..

"Sat-sat. Kak, tak mau bihun. nak nasi goreng biasa dua. sambai belacan nak lebih tau." Sambil memandang gadis itu, Ara mengangkat tangannya tanda bersabar apabila melihat kawannya telah menjengil mata kepadanya.

"Ayaq ais kosong ja kak. terima kasih kak."

"Awat hang ni? tadi gedik nak makan bihun sup sangat." Gadis itu menyembur selepas pelayan wanita itu beredar.

"Sabaq la weyh.. Kat sini, bihun sup dia tak sedap sangat. aku dah penah makan dengan kak aku. tapi nasi goreng dia sedap. Hang tau berapa ringgit nasi goreng biasa dia?" Tanya Ara sambil mengangkat kening sebelah nya seperti Ziana Zain.

"Berapa?"

"RM2 ja weyh... ada sup, ada teluq, ada sambai belacan. untung dak?? dah la sedap."

"Hang biaq betui."

"Betui la.. tunggu la. jap lagi hang makan. lepas tu komen tau."

"Oke." Gadis itu mengangguk. Ara hanya tersengih kerana kawannya tak jadi nak marah.


***

"Ara, jom makan nasi goreng kat kedai deret tu." Ajak gadis itu satu hari.

"Tak mau lah, jom aku bawak hang pi satu tempat bes punya."

"Hang ni ada-ada ja benda baru."

"Ni Ara kan?? sapa tak kenai. Sentiasa kali mesti ada benda baru. hahaha" ketawanya tersembur. Gadis itu turut ketawa sedar mengakui.

5 minit berjalan melintasi jalan dan taman permainan, mereka menuju ke deretan kedai di sebelah kiri. Mereka masuk di salah sebuah kedai makan.

"Makan?"

"Apa yang special kak?" Tanya Ara dengan senyuman.

"Semua special. Nak order apa?" Pelayan wanita itu serius dan tiada langsung segaris senyuman.

"Aish.. berlagak nak mati." Gadis itu bermonolog sambil berpandangan dengan Ara. Ara  faham saja kawannya bila dah menarik muka.

"Erm. nak bubur sup dua. cabai lebih." Ara mula menempah makanan. Nada suaranya juga serius dan senada. Tiada lagi senyuman. Tiada lagi panggilan hormat 'kak'. Pandang pun tidak.

"Err.. minum?" Nada pelayan wanita itu lebih lembut daripada tadi.

"Air ais kosong dua." Gadis itu bersuara. Nada yang sama keras tanpa memandang langsung pelayan wanita itu. Setelah pelayan wanita itu beredar, Ara mula bersuara.

"Teruk betul. Orang tanya elok-elok, jawab lah elok-elok. macam tak mau meniaga ja pon. Kang kita blah, tauke dia gak bankrupt."

"Tu la paling elok agaknya, paling sopan yang dia reti cakap. Dah memang kat rumah dia mak bapak dia cakap macam tu kot. Tak pun tak pi sekolah, tu yang tak reti berbahasa. Dah tu, macam baru lepas makan taik pon ada tengok muka dia.. eeiii." gadis itu menyampuk.

"Hahahaha" Ketawa Ara pecah berderai. Geli hati Ara dengar Gadis itu membebel. 

Gadis itu juga ketawa. Entah lah apa yang lawak. Tapi kerana Ara ketawa, dia juga ketawa.

***

Gadis itu berjalan menaiki tangga sambil matanya fokus pada jalan dibawah.

"Yun!" Gadis itu mengangkat kepalanya apabila sedar namanya dipanggil.

"Yap!" Jawan Yun.

"Mana Ara.?" 

"Kelas. Awat?"

"Tak ada apa. selalukan hang dengan dia." Yun hanya tersengih. Sedar keadaan itu. Kemana saja dia pergi dalam sekolah itu pasti bersama Ara. Sampai ada yang ingat mereka berdua adalah kembar. Muka yang tak iras langsung pon orang pandang macam iras sudah. 

Yun dan Ara mula sekelas sejak dari tingkatan satu lagi. Tetapi semasa tingkatan satu, masing-masing masih menyombong. Tidak bertegur sapa. Ara dengan geng sekolah rendah lamanya, Yun pula memang jenis menyendiri. Walaupun ada juga geng tapi tidak sekelas seperti Ara, yang punya kawan-kawan lamanya juga sekelas sekali. Di Tingkatan dua, masing-masing mula menyapa dan bergelak ketawa. Tetapi masih jauh untuk digelar satu geng.

Namun segalanya berubah apabila menjejak ke tingkatan tiga. Mereka masih sekelas. Mereka naik dari kelas 1D dan 2C ke 3B. Ara meninggalkan gengnya di kelas 3C dan 3D dan ada juga gengnya naik ke 3A. Yang pasti dia bersendirian di kelas 3B. Dan disitulah mereka bermula. Duduk pula bersebelahan. Mereka jadi serasa dan serasi walaupun ketika itu Ara dinaikkan pangkat menjadi pengawas. Wataknya juga jadi lebih baik sesuai dengan jawatannya di sekolah. Duduk pula di dalam kelas adalah barisan yang paling hadapan. Ke mana sahaja mula berdua. Setahun bersama. Sudah mengenali hati budi masing-masing.

Menginjak umur 16 tahun mereka memasuki ke tingkata 4A bersama-sama dengan keputusan peperiksaan juga hampir sama. walaupun Ara lebihnya pada bahasa Inggeris, Yun pula lebihnya pada subjek Agama. Mereka semakin serasi. Sehingga disalah sangka kembar walaupun muka tak seiras langsung cuma ketinggian dan berat je hampir sama.

Latar belakang juga berbeza. Berbeza yang amat, namun mereka tetap boleh menjadi karib. 

"Siapa kawan karib awak?"

"Ara!"

"Siapa kawan karib awak pula?"

"Yun!"

Yun dan Ara tersengih. Ada chemistry yang mengekalkan mereka rapat sehingga ke tingkatan 5B. Kedua-duanya bersama-sama turun kelas. Kelas tuisyen yang diikuti juga sama. Fizik dan Bahasa Arab. Memang sangat chemistery.

"Ara, nanti kalau ada lelaki yang ajak hang keluar, hang jangan lupa tau ajak aku teman hang tau."

"Aku janji Yun. Hang pun sama juga. Hang tak ajak aku, siap hang!" Ara menunjukkan penumbuknya

"Hahaha" Kedua-dua ketawa. Sampai begitu mereka berjanji.

***

Adakah janji yang diungkap terus kekal?
Adakah mereka terus bersama sehingga ke universiti? 

Bersambung... 

Friday, March 21, 2014

Sabar itu Indah~

  • Sabar itu cantik~
  • Satu hari, ada seorang sahabatku bertanya padaku akan tahap kesabaranku dalam menangani kerenah manusia. Aku terkejut pada awalnya, fikiranku kosong ketika itu. Lama aku termenung memikirkan soalan itu. Bukan memikirkan jawapannya. Tanpa sedar mata aku sedang memandang tepat buku ditanganku bertajuk "Mukjizat Sabar dalam Al-Quran". Kulit buku yg masih kemas berbalut plastik beberapa hari yang lepas. Aku jadi termenung seketika. Beberapa persoalan muncul membalas soalan tersebut dalam fikiranku. 
  • Kenapakah pertanyaan ini hadir di saat aku masih diuji dan belum lepas ujian Nya??
  • Apakah hikmah atau teguran yang Allah ingin sampaikan padaku??
  • Apakah aku begitu sukar untuk mendidik jiwa bersabar sehingga datangnya teguran daripada Allah?
  • Apakah aku tidak cukup berusaha mendidik hati ku dalam bersabar??
  • Soalan demi soalan menerjah. Sedangkan jawapan yang patut diberi belum lagi aku sediakan.
  • Satu perkara sahaja yang menjadi jawapan aku. 
  • "Terima kasih ya Allah."
  • 2 tahun yang lalu, ketika berlaku satu konflik antara aku dan adikku, aku cuba meyakinkan dirinya bahawa dia mampu berubah ke arah lebih baik. Walaupon ketika itu dadaku begitu berdebar kerana memikirkan diriku juga begitu liat untuk berubah. Kata2 yang diucap itu lebih dekat dengan si pengucap dan lebih dulu akan diuji. 
  • Kemudian satu kata2 daripada adikku buat aku tersentak.
  • "Adik bukan macam kakak, kakak dah berubah. Lebih baik dari dulu. Adik susah...."
  • Dalam hati, aku beristighfar panjang. Moga Allah benar2 ampunkan dosaku dan memberi hidayahNya kepada ku.
  • Aku berkata: "Alhamdulillah, kalau adik nampak kakak boleh berubah, adik juga boleh berubah. Kerana kakak juga pernah berfikir seperti adik, sehingga sekarang juga kakak masih fikir yang kakak tidak pernah berubah."
  • Peristiwa itu aku ingat sehingga hari ini. Setelah 4 tahun aku di perantauan, banyak pengalaman2 & dan pengajaran yang aku perolehi daripada manusia sekeliling.
  • ★★★
  • Menyentuh tentang sifat sabar, ia tidak terlepas daripada sifat marah dan sifat merajuk.
  • Apabila kita sudah hilang kesabaran, kita cenderung berasa marah. Begitu juga jika kawan kita asyik dengan merajuknya, kita cenderung untuk hilang kesabaran.
  • Saya ingin memetik pengajaran daripada sebuah drama korea yang bertajuk 'Nice Guy', di mana watak utama lelaki itu adalah seorang yang sangat sabar. Walaupun pelbagai perkara berlaku ke atas dirinya seperti terpaksa ke penjara menggantikan kekasihnya yang telah membunuh, melayan kerenah adiknya yang sakit, menangani fitnah2 yang disebarkan ke atas diri, dia tetap berlaku baik terhadap pelaku itu. Malah dia menggunakan kebijaksanaannya untuk membantu menyelesaikan konflik antara mereka. 
  • Sehingga akhirnya, tiada siapa yang tahu, hebatnya dia dalam menyimpan rahsia, rupanya dialah yang telah berkorban demi kekasihnya senyap2, walaupon dirinya dipandang hina & jelek oleh kekasihnya dan orang sekeliling, serta disebabkan ingin mendahulukan kesihatan kekasihnya, dia sanggup menanggung satu penyakit hilang ingatan selepas segala konflik selesai. 
  • Ia adalah satu kesabaran yang luar biasa dan juga merupakan satu jenis kesabaran yang disebut dalam buku 'Mukjizat Sabar dalam Al-Quran' iaitu كتمان السر (Penyimpan Kerahsiaan), yang mana seseorang yang sabar menyembunyikan kata-kata.
  • Menghayati watak ini, apabila diterjemah dari sudut islamisasi, merupakan satu akhlak yang sukar diterapkan dalam diri seorang muslim.
  • Bersabar dalam menghadapi musibah..
  • Tidak cepat melatah dengan bertindak terburu-buru..
  • Berfikir jangka panjang apabila bertindak..
  • Memaafkan manusia yang berbuat jahat pada diri..
  • Memberi layanan dan penghargaan kepada manusia pembuli..
  • Sanggup berkorban demi yang tercinta dan.. 
  • Tidak mengungkit sesuatu pengorbanan & pemberian yang telah dilakukan. 
  • Sabar juga bukan hanya ketika menahan marah/dendam tetapi juga: 
  • 1- sabar dalam menzahirkan kekayaan bagi orang kaya (ضبط الناس).
  • 2- Sabar ketika peperangan (شجاعة).
  • 3- Sabar ketika kebosanan (سعة الصدر).
  • 4- Sabar dalam menghadapi kelebihan dalam hidup (زهد).
  • Dan banyak lagi.. Kebanyakan akhlak keimanan tergolong dalam sifat sabar.
  • Oleh sebab itu, apabila Nabi s.a.w. ditanya tentang iman, baginda menjawab, "Iman adalah sabar". Ini kerana, banyak amalan dan mujahadah memerlukan kepada kesabaran. Oleh itu, Sabar sangat dituntut dalam segala hal dan tindakan kita.
  • ★★★
  • Beberapa hari sebelum itu, adikku menelefon dan memaklumkan tentang plan network telefon barunya. Pada mulanya aku rasa nak marah kerana dia memaklumkan padaku selepas dia dah selesai pendaftaran dan pembayaran, tapi aku pujuk hati untuk sabar dengan menyoal dia untuk mendapatkan penjelasan kenapa dia menukar plan network tersebut. Setelah beberapa penerangan daripadanya, aku masih tidak reda. Aku hanya diamkan diri, sabar dan menunggu tindakan selanjutnya.
  • Selang sehari selepas itu, dia private chat denganku di whatsapp.
  • "Kakak, tak jadilah tukar nombor. Nombor baru adik tu cantik. Tambah lagi plan network lama adik masih ada 6 tahun keistimewaan."
  • "Serius??? Maknanya adik masih kekalkan nombor lama dan sekarang ada 3 nombor. Gitu??" "Yap. Ni nombor baru adik. 010***9246. Susah kot nak jumpa nombor ni. "
    "Alhamdulillah.. "
    Aku yang membaca mesejnya tersenyum lebar. Apa tidaknya, jika dia menukar plan network telefonnya dengan nombor lamanya, ia akan membebankan ibu dan ayah serta kawan2nya dengan kredit sms dan panggilan yang mahal. Apa yang aku fikirkan ini untuk maslahatnya dan juga orang sekelilingnya pada masa depan.
    Nikmat dan terasa lapang dadaku ketika itu. Bersyukur kerana aku tidak terus memarahinya. Andai itu berlaku sudah pasti adikku tidak akn berkongsi nombor barunya dan sekaligus dia akan menjauh daripdaku..
    Alhamdulillah. Aku masih ingat kata2 ibuku masa zaman nakalku.
    "Kalau kita nak orang lain sabar dengan kerenah kita, kita yang perlu sabar dahulu dengan kerenah orang lain."
    Zul-Na dihatiku~
    Sabar menuju solehah.
  • Ainnafz~

Friday, November 15, 2013

Convergent to Divergent

Who can think and do in the same time.? :)
Let me know.
Saya dapat pengajaran ni masa buat esaimen arab.
buat dalam kumpulan lebih sempurna daripada buat seorang.
Semasa buat, seorang akan keluarkan idea, seorang lagi akan translate, or
seorang keluarkan idea, seorang lagi critic that idea.

Who knows, because of one word it would become from converges to diverges?
Kadang2 kerana satu perkataan yang seorang itu sebut, seorang lagi dapat idea sempurna daripada perkataan itu. dan seorang yang dapat idea sempurna itulah dipuji dan dihargai, kerana ideanya maka siaplah esaimen.

Whereas the root of that idea is come out from the first person!
haha . ia normal berlaku. kita tak reti hargai orang sekeliling.. kita terlupa terus kepada pencetus idea. it always happened to me. minta maaf bagi sesapa yang terasa ideanya tak dihargai. Plus, I will try to appreciate it next time. :D


Monday, September 30, 2013

Faham diri

Bismillah
Assalamu'alaikum..

Air mata tidak henti-henti mengalir untuk seminit kalinya..
Memikir dosa diri, kesalahan diri, lemahnya diri.

"Bila kita sedih, rasa tiada siapa yang faham dan ingin mendengar rintihan dan keluhan kita, hadapkanlah diri kepada Allah. Allah sangat rindu untuk mendengar rayuan dan aduan hambaNya" Kata-kata itu terngiang di fikiran.

Dua perwatakan berbeza.
Peramah dan pendiam.
Bolehkah seseorang itu memiliki dua sifat ini serentak?
Masih keliru.

"Bila kita terasa tak nak bercakap, lebih baik kita berkata sesuatu, sebaliknya jika kita rasa ingin bercakap, lebih baik kita diam. Kerana ketika perasaan membuak untuk bercakap itu telah dipengaruhi dengan nafsu."

Maafkan saya. Saya nak jadi diri sendiri, tapi tak berjaya. Saya masih jahil. Bantu saya Ya Allah..

Benar kata-kata; pergantungan hanyalah kepada Allah. Manusia tak mampu menanggung kita, mereka akan letih. Tetapi Allah tidak pernah dan tidak akan letih untuk menanggung segala cerita kita atau kerenah kita.. T_T.

Manusia memang tak boleh diharap, Benarlah hanya Allah tempat untuk berharap..
Tak apa lah manusia tak suka, asalkan Allah suka. in sya Allah.

Kembali membuka lebaran kitabullah.
Melancarkan bacaan untuk hafalan diri.
Moga Allah permudahkan.
Bantu aku Ya Allah.

Friday, September 27, 2013

Da'ieah abad ke-21

Bismillah..
Assalamu'alaikum..

Tepat jam 11.21 malam, gadis itu sudah bersiap sedia bertapa dia atas kerusi ungu yang tidak empuk bersandarkan pada bantal ungu yang empuk sedang mencari dan memerah otaknya untuk menyiapkan satu artikel dakwah. Berkat tasyji' dan ilmu yang telah dikongsikan oleh murobbinya yang dihormati, wujud semangat untuk menulis. Minatnya sudah ada, tinggal saja untuk di asah.

Moga-moga gadis itu berjaya menyiapkan artikelnya dan seterusnya publish di ruangan Mencapai Mentari ini.
_____________

Di zaman millenia ini, di anggarkan bilangan manusia semakin bertambah-tambah, biarpun bilangan manusia yang syahid dan meninggal dunia itu juga banyak. Namun, rata-rata manusia yang ada di atas muka bumi ini, kelihatannya manusia yang digelar 'wanita' ni  lebih menguasai, terutamanya mereka yang berada di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. 

Wanita atau muslimah adalah satu gelaran yang sangat cantik seiring dengan perwatakannya yang lemah lembut dan sopan. Mereka ini adalah kaum hawa yang sentiasa perlukan bimbingan dan sokongan, sama ada ketika kanak-kanak, di bangku sekolah, sudah berumahtangga atau pun ketika bergelar warga emas.

Kaum ini jugalah yang banyak disebut didalam ayat al-Quran, tentang suruhan, larangan, dosa dan pahala mereka. Namun, kebanyakan kaum hawa tidak pernah ingin mengendahkan apatah lagi ingin di sampaikan kepada masyarakat sekeliling. Hanya segelintir kecil sahaja yang berani dan tabah untuk menyebarkan dan menyampaikan firman-firman Allah ini. Mereka bukan tidak ingin tetapi berharap ada sesiapa yang sanggup dan rela untuk menyuapkan mereka kerana kesibukan mereka dengan urusan duniawi.

Maka, di sinilah pentingnya satu kumpulan yang digelar da’ieah atau pendakwah muda dari kalangan kaum hawa itu sendiri. Kumpulan ini bukan sahaja sangat penting, malah begitu terdesak kehadiran mereka dalam masyarakat sekeliling yang ketagihkan ilmu-ilmu Allah. Kumpulan Da’ieah muda ini diperlukan di seluruh pelusuk daerah seperti di masjid, surau, tempat-tempat pengajian, university, sekolah, kampung, malah di tempat kerja juga mereka diperlukan bagi memberi pengisian rohani kepada para pekerja wanita.

Wanita atau muslimah ini ada di merata-rata tempat. Mereka juga memiliki perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang kasar, lemah lembut, keras, sensitive, panas baran dan pelbagai sikap lagi. Ada juga yang sedia bertudung labuh, berseluar jean, berbaju ketat, berjubah, berbaju T muslimah atau ada juga yang free hair.Oleh itu, da’ieah ini tidak boleh dalam beberapa kelompok sahaja, mereka perlulah memiliki ahli yang ramai dan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza juga. Hal ini bagi kelangsungan dakwah bersama-sama dengan kepelbagaian masyarakat wanita sekeliling zaman ini.

Mereka yang ingin digelar da’ieah ini haruslah menanam niat untuk berdakwah dan mempunyai pendirian yang teguh untuk berdakwah, in sya Allah mereka akan dipermudahkan urusan oleh Allah subhanahu wa taala. Mereka juga haruslah mempunyai keperibadian yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Hal ini kerana bukan sahaja kata-kata dan tulisan mereka akan berdakwah, tetapi peribadi, akhlak dan tingkah laku mereka juga akan turut berdakwah.


Perkara yang tidak kurang pentingnya, mereka yang digelar da’ieah ini juga haruslah sentiasa menanam minat membaca agar ilmu pengetahuan mereka akan bertambah dari semasa ke semasa atas usaha mereka dalam membaca. Mengimbau kembali sirah zaman Rasulullah s.a.w, isteri baginda Saidatina Aisyah r.a merupakan seorang da’ieah dan penuntut ilmu yang tegar. Diatas kerajinan dan ketekunan beliau menuntut ilmu agama, menjadikan beliau seorang yang sentiasa dirujuk dalam hal-hal kewanitaan dan keagamaan.

Wujudkah wanita seperti Saidatina Aisyah r.a di zaman millennia ini? Siapakah wanita atau muslimah yang sanggup menyahut seruan ini dan meneruskan kelangsungan dakwah dalam kalangan wanita dan muslimah pada era globalisasi ini?? Renung-renungkanlah. ^^,   

Wednesday, September 25, 2013

Naqib? Naqibah? No! or Yes! ?

Bismillah..
Assalamu'alaikum..

Suka roti canai dan juga pai,
Makan bersama ikan masak kari,
Bila ilham dah sampai,
Tangan pun mula menari-nari.

=P
Suka pulak buat pantun. (walaupun macam tak betui ja. hakhak)
Today's entry.

Naqib?
Naqibah?
Pe ddiaa nie??

Ha.. pernah dengar usrah? USRAH? U.S.R.A.H? atau orang panggil BULATAN GEMBIRA. atau HALAQAH. atau LIQA KECIL (ada ke? he) dan macam2 panggilan lagi.

Ye, ia adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud keluarga.
Apa kaitan?
Di dalam sebuah usrah terdiri daripada;
1- Naqib atau naqibah.
2- Ahli usrah atau ada yang panggil anak usrah (tapi saya panggil adik beradik.=D)
3- Pengisian, pelbagai perkara yang disentuh. Berkaitan agama, akademik, politik, ekonomi, ataupon hati. (Bab hati nilah yang paling best, tak tahu la nape..)
4- Perkongsian, inilah masa kita saling tegur menegur, nasihat menasihati dan sewaktu dengannya.

Ok!
Itu adalah Usrah. Jadi, Naqib atau naqibah adalah elemen penting, watak penting dalam sesebuah Usrah. Mahu atau tidak, tidak kisah apa panggilan yang diberikan sekalipun, fasilitator/ guru/ ketua usrah, selagi mana orang itu berperanan dalam mengawal ahli dan usrahnya, memberi sesuatu berbentuk ilmu atau teladan, dia adalah NAQIB atau NAQIBAH.

Siapa yang layak menjadi Naqib atau Naqibah?

***

Satu soalan yang berlegar di fikiran gadis itu.

'Siapa yang layak menjadi naqib atau naqibah?'

Gadis itu masih meneliti nama-nama yang dirasanya layak untuk memegang jawatan sebagai pendidik sejurus menjadi seorang pentarbiyah. Bukan senang tugasan ini. Dan mungkinkah tidak senang, menyebabkan ramai yang menghindarkan diri daripada dilantik atau dinobatkan menjadi naqibah? Terasa rendah diri dan malu gadis itu ketika diberikan tugas memilih naqibah yang sesuai untuk membawa adik-adik di kampusnya.

'Aku pun masih ragu-ragu untuk melantik diri sendiri, bagaimana dengan yang lain.??'

Ketika leka gadis itu membelek-belek kertas dihadapan notebooknya, satu mesej daripada chatbox facebook masuk.

"Akak, wajib ke jadi naqibah?" 

"Dalam mesej akak tu kan memberi optional. kan akak bagi soalan..bersedia ke tak menjadi naqibah?"

"In syaa Allah kalau Dia berkehendak..tapi rase cam saya pun banyak lagi kekurangan nak jadi naqibah ni..akak rase camane?"


"hehe.. Kerana Dia berkehendak lah, Akak menjadi wasilahnya.."


"Pandai akak ye.. hehehe"

Gadis itu berfikir sejenak. Apakah yang menyebabkan dia ingin menjadi naqibah, dan kenapa dia berjaya melantik dirinya sendiri sebagai naqibah, maka dikongsinya bersama rakannya ini.

"This is my opinion.
akak bercakap untuk diri akak juga yang masih dilema utk memegang usrah dan akhirnya membuat keputusan untuk memegang juga usrah..

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.. Macam mana kita nak tahu kelebihan dan kekurangan kita?
Bila orang sekeliling ucap pada kita,

"Pandailah enti bawak kereta."
maka, 1 kelebihan kita iaitu driving.

"Eh, enti kena buat macam ni... tekan button teropong ni, baru keluar box utk cari nama.. kalau cari satu2 memang lambat."
maka, 1 kelemahan kita iaitu pada microsoft excel.
Jadi bagaimana kita tahu kelebihan dan kelemahan kita? melalui orang sekeliling.. 

Apabila kita mencuba.. Apabila kita mengambil peluang yang disediakan..
Dapat tak apa yang akak nak sampaikan?

Sebenarnya, bila kita belajar menjadi naqibah ini memberi banyak kebaikan kat diri kita.. banyak kalau nak dilistkan" Panjang lebar gadis itu menerangkan.


Mereka terus berbual. Perbualan tamat apabila masuknya waktu asar, dan masing-masing meminta diri.

Gadis itu berfikir, 'Apakah jawapan yang akan diberikan? bersedia? atau tidak?'

Gadis itu terus berfikir, 'Apakah kebaikan yang akan kita dapat kalau jadi naqibah?'

Soalan yang umum, pelbagai jawapan yang dapat disediakan. Gadis itu melihat pada sudut dirinya sendiri. Menjadi naqib atau naqibah merupakan peluang yang sangat bagus untuk setiap orang yang ingin melakukan perubahan pada diri ke arah yang lebih baik.

Tetapi halangan yag sentiasa berlegar-legar difikiran bakal nuqaba' ini ialah kekurangan pada diri sendiri. 

***

"Saya banyak kekurangan. Saya tak banyak ilmu, apa yang saya nak beri kalau saya tak banyak ilmu?"

"Oh, okay, tak ada masalah. Bila awak dah banyak ilmu, awak jadilah naqibah, sekarang awak tambah dulu ilmu awak yang sedikit itu."

Gadis itu diam. Saya bersambung lagi.

"Tapi.. boleh saya tahu, agak-agak bila ilmu awak akan banyak ye untuk melayakkan diri awak jadi naqibah."

Gadis itu terkelu. 'Bila ye??' fikirnya.

Saya hanya tersenyum, kemudian bersambung lagi.

"Awak dengar sini. Memang betul, jika kita ingin membawa atau mengajak seseorang ke arah kebaikan, kita wajib ada ilmu tentang itu. Sebagai contoh, jika awak nak ajak seseorang memasak nasi, awak mesti ada ilmu tentang bagaimana memasak nasi yang sedap. Tidak lembik, tidak keras dan tidak hangit. Awak perlukan persediaan. Jika awak tidak bersedia dan pengetahuan awak sangat sedikit tentang memasak nasi, nasi awak mungkin akan hangit, atau lembik atau keras.

Begitu juga menjadi naqibah, seorang pendidik, atau seorang pendakwah. Awak perlu ada ilmu dalam bidang itu. Tetapi, apabila awak rasa atau awak teringin nak mengajak orang memasak nasi, apakah awak akan mengajaknya dalam keadaan awak bersedia atau tidak? Sebelum awak mengajak seseorang memasak nasi adakah awak akan belajar atau mengkaji dahulu membuat nasi?"

Gadis itu memandang saya, mungkin sedang berfikir. Sejurus kemudian, dia mengangguk. Saya mengangguk kembali inginkan penjelasan.

"Sudah tentulah saya akan study dulu pasal nasi. mungkin kalau saya tak masak betul-betul pun, saya akan belajar teorinya, saya mungkin akan tanya umi ke, kawan-kawan ke.. tengok di youtube ke.. asalkan saya tahu asas memasak nasi tu.. baru saya leh nak ajar orang jugak."

"Okay, matlamat awak ialah nak mengajar masak nasi, jadi soalan saya, perlukah awak study atau mengkaji tentang bagaimana memasak kari ayam, sotong masak kicap, ikan merah 3 rasa atau masakan2 lain selain nasi?"

"Perlulah.... takkan nak makan nasi sahaja?"

"Tapi awak hanya nak ajar masak nasi. Esok dah awak nak ajar, padahal awak zero tentang masak nasi ni??"

"Ohh.. saya study pasal nasi dulu. macam mana nak masak nasi supaya tak lembik, tak hangit atau keras. bila dah ingat, saya usha-usha la pulak masakan nasi jenis lain macam nasi mandi ke, nasi pelangi ke..Bila saya rasa dah yakin, saya ajak la orang masak nasi, yang lain2 tu saya improve la dari semasa ke semasa."

"Betul. Masalah yang menyebabkan awak takut untuk ajak orang masak nasi sebab awak fikir terlalu jauh, kari ikan, kari ayam, sup tulang, sup ayam dan sewaktu dengannya masih belum awak kuasai, bagaimana nak ajar orang masak nasi.. adakah ia sangat berkaitan dengan masak nasi?"

"Betul. Tapi bagaimana kalau orang tu tanya saya nak masak nasi goreng?"

"Jika awak tak tahu, katakan tidak tahu, awak mengajak dia memasak,ajak dia saling berkongsi ilmu, mungkin saja dia tahu, jadi saling belajar."

"Kalau begitu, saya sudah tidak menjadi orang yang mengajar,sebaliknya dia pulak yang mengajar."

"Adakah awak terasa ego bila orang lain mengajar sesuatu yang tidak awak tahu?"

"Tidak.."

"Begitulah konsep yang sama dalam usrah dan menjadi naqibah ini. Ilmu yang kita ada selagi tidak diberi, tidak akan bertambah. malah mungkin akan hilang atau lupa. Apabila awak ingin memberi, pasti awak akan menerima, bukan?" Saya bertanya apabila melihat gadis itu agak leka dengan lamunannya.

"Maksudnya?"

"Untuk memberi, awak akan menerima, iaitu, untuk memberi ilmu, awak harus ada ilmu itu dengan cara membaca, mendengar kuliah dan perbincangan. Disitu akan wujud usaha dalam diri kerana ada matlamat yang ingin dicapai."

"Betul, berbanding jika kita tidak ada apa2 taklifan untuk memberi, pastinya kita akan leka dan selesa dengan kekurangan diri kita. Dan boleh jadi kita akan terus tidak menambah apa2, kerana kita tidak tahu akan kekurangan diri kita itu.."

"Saya harap analogi itu mudah untuk difahami."

"Ya, agak mudah, walaupun perlu berfikir lebih tajamm.."

"Heh, awak kan suka berfikir, ia baik untuk awak, supaya awak tidak nyanyuk."

"Oh tidak. Doakan saya sentiasa kuat ingatan ye. Supaya dapat saya menambah lagi ilmu dan memberi ilmu itu kepada mad'u saya.."

"In sya Allah.."

Panjang sudah perbincangan, diharap ada sesuatu yang diperolehi.. =)

***

maka, YES! jawapan yang akan saya berikan jika ada yang memberi apa-apa peluang yang sangat bagus dan baik kepada saya untuk mencuba.. ^^,

Sunday, September 22, 2013

Alkisah Farihan =P

Bismillah..
Assalamu'alaikum..

Benda pahit ni susah nak telan,
Nak hilang pahit letak lah gula,
Dah tinggal blog berbulan-bulan,
Sekarang baru nak update semula..

HEHEHE
sempoi x pantun? tak tahu nak cakap cane dah bila hati ini berbuak2 nak update blog tapi tak dan2..
Kali ini nak juga update.. semoga entry kali ini memberi manfaat kepada semua pembaca.. ^^,

Awal bulan Jun

Tawaran mengajar oleh kawan baik saya Husna, memberi satu peluang baik untuk saya mengutip pengalaman menjadi seorang guru atau ustazah. Kata orang, "jika lepaskan peluang baik kali ini, belum tentu ada peluang yang sama untuk kali kedua." (kata orang ke kata saya?? =)

Petang itu, atas bantuan wira merah (Husna punya kereta) kami bersama2 bergegas ke Rawang, Sg.Buaya. Nama Sungai Buaya macam menyeramkan,tp mungkin kerana sejarah dulu terdapat sungai yang didiami buaya yang banyak jadi ia dinamakan begitu.. (Mungkinlah...)

Lewat senja, kami sampai di sebuah rumah yang dinamakan Rumah Guru SARAN.. Sebenarnya, saya yang bagi nama tu. Supaya senang nak bagitahu orang bila ditanya tinggal dimana. ^^,

Maka, bermulalah perkenalan saya dengan guru-guru SARAN yang tinggal di rumah Guru SARAN.

Cup! Fyi, SARAN tu singkatan untuk nama sekolah yang saya akan mengajar tu. (Mula-mula ingat nama orang. haha) Dirumah Guru SARAN ada 9 orang semuanya. Nak kena listkan ke? Jap nak ingat semula.

Kak Nadrah, Kak Sarah, Kak Asma, Kak Najwa, Kak Zeha (sekejap je kenal, lepas tu dia berhenti), Kak Lin, Kak Asiah, Kak Ain. Semuanya akak2. Nampaknya saya lah yang paling muda dalam rumah guru ini.(poyo ;P)

Oh tidak, saya tertinggal seorang yang penting. Saya kata penting sebab dia anak saudara mudirah SARAN. (penting kot... :D). Nura namanya, umur sebaya dengan saya. Nampaknya saya bukanlah paling muda sebenarnya.

"Nama apa?" Seorang kakak memulakan perkenalan.

"Noor Ain. Akak?" Saya tersenyum.

"Asiah." Kakak itu memperkenalkan dirinya.

"Lorrhh.. Ain jugok. Nak pangge gapo nih?" Seorang kakak muncul di balik dinding dan terus masuk ke dalam dapur.

"Ain, mu ado kembo ginni." Kak Lin nama yang diperkenalkan daripada kelantan berseloroh dengan seorang kakak lagi yang sedang membasuh pinggan.

"Name je kembar. Nama lain ade tak selain 'Ain'??. Nanti kita keliru pulak." Kak Ain yang saya sedia maklum daripada perbualan mereka menoleh bertanya kepadaku..

"Errr..." Saya blurr sekejap.

"Panggil Noor jo lah ya??" Tanya Kak Asiah yang juga dari Negeri Cik Siti Wang Kembang.

"Tak-tak. Panggil saya Farihan la. Nama penuh saya Noor Ain Farihan."

"Ha! elok la tu.. Farihan. Farihan dan kawan dah makan ke??" Tanya Kak Ain.

Saya dan Husna saling memandang dan menggeleng. Jadi, kami pun makan bersama2 mereka. Dan Husna bermalam di rumah itu dan pulang pada keesokan harinya.

Panjang lah pula nak cerita pasal Rumah Guru Saran ni. Yang menariknya di sekolah ni. Jadi dipendekkan cerita..

11 Jun 2013 adalah hari pertama saya menjejakkan kaki di sebuah sekolah agama persendirian atas gelaran ustazah. (debar + excited masa tu,=P).  Exited sebab nanti budak-budak panggil 'ustazah'. Dapat meja khusus dan dapat pangkah latihan anak murid yang jawab salah.. hehe

Tapi semacam debar itu lebih menguasai, sebab once diberikan amanah, ia sememang sesuatu yang berat dan serius. Tambah lagi nak berdepan dengan ramai orang dalam kelas.(padahal budak2 darjah satu, dua dan tiga ja pon..). 

"Assalamu'alaikmu warahmatullahi wabarakatuh.."

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah.." Dengan pantas mereka menjawab dan terus membaca doa sebelum belajar. Saya terus duduk sambil menadah tangan dan mengaminkan doa itu.
Senyum lebar saya, kelas pertama la katakan. Bacaan doa selesai, semua pelajar tahun 2 Ibnu Sina diam sepi. Saya pun bersuara.

"Baiklah, boleh duduk."

"Ijlisuu la .." Tetiba saya mendengar samar2 suara seorang budak yang bercakap dengan kawannya mungkin. Saya pon sengih ja la.. Pagi-pagi kelas pertama dah kena.. Lagi bertambah debar.

"Ok2. Ijlisuuuu..." Sengaja saya panjangkan 'suuu' tu.. Kedengaran ada yang ketawa. Saya biarkan sahaja. Sejurus kemudian saya mengarahkan mereka untuk membuka buku. Tiba-tiba ada seorang pelajar bersuara.

"Ustazah! mana ustazah Hajar?"

"Oohh.. usta.."

"Ustazah ganti ustazah Hajar ke??" tak sempat saya nak menjawab ada yang lain bertanya.

"Ye.. ustazah ganti....."

"Ustazah Hajar dapat baby kan ustazah?" Lagi yang menyampuk bila saya nak menjawab..

"HHmm2.." Saya hanya mengangguk dan diam..

"Ada lagi soalan?" Saya bertanya dengan riak wajah yang serius. Jangkaan saya, mereka akan diam atau menggeleng untuk menantikan jawapan saya..

"Nama ustazah apa?" Nampaknya jangkaan saya meleset. Saya ketawa sendiri.. kemudian saya bangkit daripada kerusi dan berjalan perlahan. Saya senyum nipis. pertamanya, saya perlu relaks, bertenang dan bercakap perlahan-lahan..

"Baiklah, ustazah perkenalkan diri ustazah ye?"

Pelajar-pelajar itu mengangguk. Kali ini mereka diam.

"Nama ustazah Noor Ain Farihan binti Zulkifli. Antum boleh panggil ustazah Farihan."

"Ustazah Farihan." Saya ulang sekali lagi biar lambat asalkan mereka jelas. Saya menelan air liur dan menyambung semula.

"Ustazah menggantikan ustazah Hajar yang sedang cuti bersalin. Beliau mendapat anak lelaki. Jadi untuk selepas ini, ustazah yang akan mengajar semua subjek yang di ajar ustazah Hajar. Faham??"

"Fahaaammm.." Jawab mereka.

Kelas bermula. berpandukan Buku perancangan mengajar Ustazah Hajar, saya mengikut sahaja apa yang ditulis. Alhamdulillah ia memudahkan saya.

Itulah cerita hari pertama saya mengajar.. Saya rasa gembira sekali. Bukan kerana apa yang disebut tadi, tetapi kerana akhirnya nama 'Farihan' diguna pakai. Selama ini, Nama ini hanya tersimpan didalam IC dan surat beranak sahaja. Tetapi, sepanjang saya bersama warga SARAN, saya dikenali sebagai Farihan atau ustazah Farihan.. Nama itu disebut dan dipanggil. =D

Bersambung ...

*Pengajarannya:
- Hargailah orang dan peluang di sekeliling kita. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir kita berjumpa dengan nya atau mendapat peluang itu..
- Kanak-kanak ini manusia suci daripada dosa. Walau apa pon dosayang mereka lakukan, mereka tetap dimaafkan kerana diri mereka yang belum mumayyiz. Jadi, kita yang dewasa dan mumayyiz ini seharusnya berbanyak bersabar dan menunjukkan sesuatu yang baik pada mereka.

^_^

Sunday, July 7, 2013

Hati-hati dengan HATI!

Bismillah.

Ya Allah.. jagakanlah hatiku daripada sifat2 mazmumah..

Ameen..

Sabar itu separuh daripada Iman

Bismillah..

Lewat pagi itu, gadis itu memandang kosong telefon bimbitnya.. Tiba-tiba terpana seketika. O.O WhatsApp chat sebentar tadi membuatnya terdiam sebentar..

'Demandkah aku? Terlalu mendesakkah aku?' Desis hati gadis itu.

Gadis itu mengimbas kembali. Betulkah tindakannya?? Menghantar  SMS yang menuntut jawapan, apabila tindakan jadi terbantut kerana tidak jelas maklumat. Tanpa mengkhabarkan ketiadaan kredit telefon untuk membalas, soalan gadis itu dikatakan demand dan mendesak.

'Aku tak tahu dia tak ada kredit. Kenapa tak maklum??' monolog gadis itu sendirian. menyesali tindakan tergesa-gesanya.

Kehadirannya disitu kononnya ingin membantu dan memudahkan gerak kerja nampaknya tidak berhasil. Malah kehadirannya telah merumitkan dan memberikan impression baru seseorang terhadapnya.

'Nak buat apa sekarang? Nak SMS lagi atau diam?' soalan ini masih berlegar2 untuk bertindak.

***

Create Message ditekan.

     Salam, mcm mna dgn poster tu? sapa yg akan siapkan?

Message is Sending ...

...

Sunyi. Tiada Balasan.

Tit tit..

Ada mesej baru dari nombor tak dikenali masuk.

     W'slam, maaf. sy xde kredit. Poster tu in sya Allah dah ad pic nya. kita update je nnti.

Selesai membaca, mesej dibalas.

     Oo.. Baik. Terima kasih.

Tamat. Tiada salah Faham.

***

Create Message ditekan.

     Salam, besok jadi tak perjumpaan?

Message is Sending ...

...

Sunyi. Tiada Balasan.

Setengah jam kemudian. Create Message ditekan sekali lagi.

     Besok kalau jadi perjumpaan, kita buat di tgkat ats blok ye?

Message is Sending ...

...

Sunyi. Tiada juga balasan.

Keesokan paginya.

Create Message ditekan.

     Salam, how's today?

Message is Sending ...

...

Sunyi tiada balasan SMS. WhatsApp Chat dibuka.

Tit tit..

Ada mesej baru dari WhatsApp chat masuk.

     W'slam, maaf. sy xde kredit. smlm tido awl. tak berapa sihat ni. in sya Allah jadi hri ni pukul 10pg. Ok je wat kt mna2 pon. tlong buat mesej ye. dan tlg fowad ke sister dan brother sekali. 

Selesai membaca, mesej dibalas.

     Ye ke.. Ok2.. Semoga cepat sembuh. No Problem.. Mujur bukak WhatsApp ni. :) nanti sy fowad ke semua.

Selesai. Sekali lagi tiada salah faham.

***

"Demandkah aku? Mendesakkah aku"

Kata-kata terpacul tanpa sedar. Hati manusia ini tidak dapat di duga. Jika hari ini baik, esok belum tentu. Jika hari ini tidak baik, esok mungkin lebih baik. Semuanya atas niat dan usaha individu itu.

Jika hari ini kita yakin kita suka membaca dan akan terus membaca. Belum tentu esok, kita akan tetap suka dan akan terus membaca. Setiap saat dan detik yang berlalu itu ada peristiwa dan kejadian berlaku yang akan merubah hidup kita. Sama ada ke arah lebih baik ataupun tidak baik.

"Awak lah buat. Saya tak reti. Saya tak pandai macam awak."

"Ala, awak buat je.. Saya tahu awak boleh.. tak tahu buat boleh belajar. Saya akan tolong awak"

"Tak nak lah. Saya tak hebat macam awak. awak lah buat. Saya tak reti."
Kata-kata ini sering kali bermain di bibir sesetengah individu. Pada mereka, kita boleh kategorikan sebagai, kurang keyakinan, takut untuk mencuba ataupun lebih teruk malas untuk melakukan.

"Awak lah buat. Saya tak reti. Saya tak pandai macam awak."

"Ala, awak buat je.. Saya tahu awak boleh.. tak tahu buat boleh belajar. Saya akan tolong awak"

"Erm.. Saya tak pandai la. tapi saya trylah buat. Kalau tak jadi awak tegur taw."

Kata-kata ini jarang sekali diungkapkan. Mana kita tahu kita tak boleh kalau belum cuba??
Kecuali jika sudah beberapa kali kita buat, setelah melakukan dengan bersungguh-sungguh tetapi tetap tidak berlaku seperti yg dikendaki. Maka, seharusnya kita menarik diri kerana bukanlah ia didalam bidang kita.

Manusia ini memang pelik. Ada pelbagai ragam.
Ada yang nak menang sahaja.
Ada yang tak boleh orang bangkang kata-kata.
Ada yang suka puji diri sendiri.
Ada yang menokok tambah cerita sendiri agar sedap didengar.
Ada yang suka dipandang rendah, tidak hebat, lemah.
Ada yang suka mengalah, terima segala kata-kata sinis.
Ada yang nak menegak benang yang basah.
Ada yang suka dibodek dan diampu.
Ada yang tak boleh orang cakap melebihi suaranya.
Ada yang tidak suka di arah.
Ada yang suka mengarah orang lain.
Ada yang suka mengadu domba.
Ada yang suka menceritakan rahsia dirinya.
Ada yang boleh menyimpan rahsia dirinya dan orang lain.
Ada yang tiada perasaan, sama ada orang lain terguris dengan kata-ktanya atau terasa.
Ada yang suka menipu, untuk membela diri.
Ada yang suka cakap perkataan-perkataan baik je.
Ada yang suka menyumpah seranah.
Ada yang malas nak bg penjelasan, membiarkan orang tertanya2.
Ada yang suka buat orang salah faham dengan kata2nya yang tersekat/ tergantung.
Ada yang tidak suka orang lain salah faham maka, panjang lebar penjelasan diberinya.
Ada yang suka tersenyum sahaja, sedih atau suka.
Ada yang buat muka menyampah bila terasa atau benci sesuatu.
Ada yang suka fikir bukan-bukan tanpa sempat diberi penjelasa.
Ada yang berfikiran positif, dengan apa yang di terimanya.
Ada yang suka mendengar dari bercakap.
Ada yang sabar melayani kerenah manusia sekelilingnya dengan adil dan saksama.
Ada yang ...
Bermacam2 ragam manusia.
Mana Satukah kita?

Astghfirullahal 'azim.. Ya Allah, sucikanlah hati-hati kami daripada kekotoran maksiat.

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)