Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, July 27, 2010

Kenapa hijau menjadi pilihan??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

apakah yang ingin disampaikan dari lagu di atas??
lagu daripada kumpulan Brothers yang bertajuk Pohon Hijau.
saya sangat tertarik mendengar lagu ini..
kebanyakan lagu yang saya dengar, saya dapat sesuatu yg nak penulis lirik tersebut sampaikan.
tapi, utk lagu ni,ada maksud yang hendak disampaikan belum lagi saya nampak.
walaupun, bait2 katanya menarik hati ini utk mendengar dan terus mendengar.
mungkin juga kerana mesejnya belum saya serap.
insya-Allah, saya akan cari perlahan2 maksud pohon hijau yang diibaratkan seperti dunia dan kehidupan ini.
andai, sahabat2 sekalian dapat menangkap maksudnya, bolehlah berkongsi dengan saya..
=)
Wallahu a'lam. semoga Allah memberi hidayah kepadaku..
he=)

Saturday, July 24, 2010

Bahaya Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

......5.00a.m......
Seawal ini mnuasia2 sudah pun bangun untuk menunaikan ibadah kepada Allah swt. mata yang mengantuk digosok2, kaki yang masih lemah dalam keadaan mamai melangkah ke pili air semata-mata ingin menyegarkan wajah.. wuduk di ambil dan masih ada yang menunggu giliran. selesai berwuduk, kaki melangkah menuju ke sepersalinan ibadah. setelah bersiap ala kadar, duduk bersimpuh berzikir kepada-Nya sambil menunggu yang lain siap. hampir 50 orang muslimah telah celik mata mereka. bangun di pagi yang sejuk ini dengan melawan perasaan mengantuk yang meyerang demi mendapat keredhaan Allah semata-mata. Semua bersiap, seorang imamah yang berani menawarkan diri mengetuai tahajud pagi itu. Dengan penuh tawaduk, terbentuklah 3 saf muslimat sujud kepada-Nya.

setelah bangun, ada waktu2 yang tidak dibenarkan untuk tidur. antaranya:
1) awal2 pagi setelah terbit matahari.
2) selepas masuk waktu asar.
3) tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Bahaya tidur di siang hari

~ mendatangkan penyakit-penyakit kulit
~ merosakkan warna kulit
~ melemahkan jantung
~ menambahkan tekanan perasaan yang meluap
~ melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
~ melemahkan kecerdasan akal.

*sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2010

Thursday, July 22, 2010

ape pandang2???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),........................"(An-Nur:31)

benarlah Nabi Muhammad saw apabila baginda menyatakan zina mata itu dengan memandang. Uthman bin Affan ra melihat kesan zina itu ada pada mata sahabatnya Anas bin malik ra, lalu terus ditegurnya agar kesan itu tidak melarat membawa ke hati.

Mata apabila memandang, maka akan membuatkan hati tidak keruan dan menambahkan kekotoran yang sukar dibersihkan.

Penyakit orang lelaki ialah gangguan wanita. seorang lelaki akan mampu bangkit menentang orang yang lebih kuat daripanya, namun biasanya mereka akan kecundang dengan kelembutan seorang perempuan. Panahan Iblis akan mengena mata lelaki agar menumpukan perhatian kepada perempuan.

أستغفر الله العظيم.. dah 19 tahun 3 bulan saya bernafas menggunakan oksigen yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap ciptaannya, baru hari ni saya mengambil ihtimam tentang perkara ini.
perkara pe?? menjaga pandangan. Bukannya sebelum ni tak pernah menjaga pandangan. semua orang yang belajar agama tahu kepentingan menjaga pandangan. tapi tidak pernah perkara itu melekat di hati, sebab tu lah selalu ja terlupa.

Al-Syafie merasakan sukar untuk menghafal ilmu, rupanya ini kerana beliau telah terlihat aurat seorang wanita tanpa sengaja.

Kenapa saya susah nak menghafal? boleh menghafal. tapi mengambil masa yang lama untuk ingat. dah boleh hafal tapi selepas 5 atau 10 minit, kalau ada yang tanya lepas tu dah lupa.
selain hubungan kita dengan Allah belum setle, yang mana ia melambatkan bunga yang cantik dan harum terhasil,
ni la salah satu perkara yang kita sering lupa.kasihan pada diri sendiri. memang betul kita tahu kita mesti menjaga pandangan. tetapi kita juga sering lupa. kadang-kadang bukan kita sengaja pada kali pertama, tapi jarum iblis dah masuk, nafsu pun tarik lagi, tu yang terleka untuk memandang kali kedua. Apatah lagi jikalau yang memandang dengan sengaja. Astaqfirullah..
em?? jaga pandangan yang bagaimana tu?

jaga pandangan ada macam2 jenis, antaranya, mata memandang seseorang yang bukan muhrim. lelaki pandang perempuan, perempuan pula pandang lelaki.dari pandangan turun ke hati. =D tp, pandangan yang berniat la. andai kata berbincang dengan mereka, xde pandang langsung melampaulah. nanti dipandang sombong pula.=D
tu pandang mata, wajah. lagi,pandangan yang pandang aurat muhrim atau bukan muhrim.
huhu, yang ni yang susah. sebab dalam dorm sendiri ada perkara tu. tu belum lagi kat luar petang2 kat padang. manusia ni memang pelik2. kita ingat mereka yang tak faham, rupanya kita yang tak faham sikap mereka yang tak faham tu. tak faham2. =p

golongan yang mendedahkan aurat ni, macam pakai short pant ke, pakai tudung jarang ke, baju ketat, seluar sendat ke, mereka ni tahu batasan aurat dia dengan orang lain tetapi masih buat perkara yang memang dilarang. bukan sahaja perempuan yang tak boleh pakai seluar ketat dan sendat, lelaki pun tak boleh juga. tapi, kita sangka baik mereka tak tahu.

Hanya disebabkan pandangan yang sedikit tu, membuatkan diri kita lemah, lemah sehingga tak dapat melakukan ibadah kepada Allah, seperti lambat boleh menghafal ilmu2 yang baik, malas nak solat sunat, berat nak puasa . macam2 alasan bagi.dan yang paling teruk, perkara2 lara pula seronok dibuat. nauzubillah..

maka, Tunduklah mata, jagalah hati. Sesungguhnya hati ibarat tandas yang sentiasa dikotori dengan najis. Taubat pula ibarat air yang membersihkan, namun kotoran yang banyak akan meninggalkan bekas di tandas tersebut.

Seseorang yang menjaga pandangan mata akan menjadi seperti orang alim yang soleh ke sungai untuk membersihkan muka suatu ketika. Orang soleh itu amat menjaga pandangan mata. Dalam masa yang sama, terdapat seorang perempuan mandi di sungai tanpa menutup bahagian dadanya. Apabila orang soleh itu terpandang perempuan yang tidak tertutup itu, tiba-tiba sahaja dada perempuan itu sakit.Ini adalah kerana tajamnya pandangan mata orang yang soleh.

wallahua'lam..
*sumber: Khadra' Al-Diman

Wednesday, July 21, 2010

Jawapan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Untuk post kali ini saya nak menyampaikan jawapan bagi persoalan saya pada post yang "bisu dulu atau pekak dulu?". jawapan ni bukan dari kajian saintifik tp dari al-Quran. seorang sahabat saya yang beritahu, namanya biarlah rahsia,=) . Terima Kasih atas keprihatinannya. beliau meminta saya merujuk surah al-Baqarah, ayat 18.

Firman Allah:
"Mereka tuli, bisu, dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali."

Di dalam al-Quran juga Allah menyebut pekak dahulu baru bisu.
jadi kesimpulannya, pekak dahulu kemudian bisu.=)

Saturday, July 17, 2010

bisu dulu atau pekak dulu?

"Allah memiliki asma ul Husna(nama-nama yang terbaik) maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma ul Husna itu dan tinggalkanlah oramg-orang yang meyalahertikan nama-namaNya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."(Al-'Araf:180)

Imam Ahmad bin Hanbal:
"jangan sifatkan Allah kecuali dengan apa yang disifatkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan jangan melebihi apa yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis S.A.W.

Allah memiliki 99 nama yang wajib kita ketahui.
apa lagi sifat2 baik selain 99nama Allah ni??
akal fikiran manusia adalah terhad.
mereka xakan dapat memikirkan sifat baik yang lain selain 99nama Allah ni.
Subhanallah.
Seperti orang yang bisu dan pekak.
dia tu bisu dulu atau pekak dulu??
.
..
...
....
.....
......
..............loading.................

orang yang bisu dan pekak itu kenapa?
kenapa orang boleh bisu dan kenapa boleh pekak?
adakah ada kajian saintific mengatakan seseorang itu pekak dan bisu kenapa?
jika ada, bolehlah berkongsi dengan saya.
tapi, seorang ustaz saya pernah berkata.
bisu dan pekak itu, yang datang dan jadi dulu adalah pekak.
kerana, orang yang pekak dari kecil, tak dapat mendengar sebarang bunyi, apatah lagi perkataan yang digunakan di atas muka bumi ini.
jadi, bila seseorang xpernah mendengar perkataan tertentu contohnya, ayam.
adakah dia tahu menyebut?
contoh lain ialah, cuba kamu sebut ayam dalam bahasa jepun?
xtahu kan? sebab xpernah dengar. bagi yang boleh jawab sebab dia pernah dengar perkataan itu ataupun dia belajar sendiri dari mana2 sumber tentang bahasa jepun.
jadi, pada pendapat saya, tiada orang bisu jika pekak dari kecil.
dia tidak tahu menyebut perkataan yang selalu digunakan sekalipun, kerana dia tidak pernah mendengar perkataan itu sejak dilahirkan.
aneh kan??
itu la kelebihan manusia yang Allah berikan.
akal.
akal yang dikurniakan bertujuan untuk berfikir secara logik.
dan segala kurniaan-Nya, wajiblah kita bersyukur.

Thursday, July 15, 2010

Siapa kamu???

bismillahirrahmanirrahim..

teman? rakan? kawan? sahabat? saudara? adik beradik??

apakah perbezaan semua ni??
pelbagai orang, pelbagai ta'rifnya..

adakah kita perlukan mereka??
ye.... kita amat perlukan mereka..
tp yang mana satu lebih kta perlukan?
mungkin ada yang berpendapat;

1) "saya perlukan teman sejati."
2) "saya ada rakan2, merekalah yang menolong saya."
3) "tu kawan saya, sayan suka kawan dengan dia."
4) "inilah sahabatku dunia dan akhirat."
5) "kita kan saudara seislam?"
6) " kamu adalah adik beradik saya.'

antara semua2 tu, mana satukah kata2 kamu??

bagi saya, untuk sekarang ini, paling dekat dengan saya adalah adik beradik saya selepas ayah dan ibu.
kalau saya ada masalah terpendam, saya ceritakan kepada adik beradik saya..

siapa adik-beradik saya??
adik?
kakak?
abang?

ye.... mereka tu semua adik beradik saya..
saya sangat beruntung dikurniakan adik-beradik seperti mereka.

mana perginya kawan saya? sahabat saya? rakan saya? teman baik saya?? terutama saudara seislam saya?
firman Allah; "setiap muslim itu bersaudara."

mereka semua tu..
mereka ada...
tapi mereka macam jauh ja dengan saya..
bila saya ada musykilah, susah nak bercerita.
susah nak meluahkan perasaan..
susah nk kongsi perasaan.
kenapa??
sebab mereka xfhm situasi saya.
saya dalam kemelut..
dunia dan akhirat.
hanya pada Allah saya mohon dipermudahkan urusan..
Firman Allah; "dan mintalah pertolongan (pada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang2 yg kusyuk."(2:45)

saya tahu, hidup kat dunia ni bukannya senang.
macam2 dugaan menimpa.
lain orang lain dugaan n ujiannya.
sebab firman Allah;
"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya."(2:286)

terutama sekarang ni musim peperiksaan.
quiz mengejut.
huhu..
semua tu salah saya sendiri sebab tak ambik ihtimam masa ustaz bagi tau tarikh exam..
xleh nak salahkan orang.
saya perlu sedar kesalahan yang saya sendiri created.
firman Allah;
"Sesungguhnya org2 yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was2 dari syaitan, mereka ingat kpda Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahnnya(sedar kembali)"(Al-'Araf:201)

memang jadi pengajaran la tu.
walaupun ustaz n ustazah cakap, ada murid dia yang faham, ada juga yang xfhm...
huhu, saya la tu..
apa boleh buat saya memang xpandai macam sesetengah orang..
tapi saya tetap sedar, Allah menciptakan setiap dari hambanya sama saja.
saya patutnya lebih banyak bersyukur.
firman Allah;
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (14:7)

semuanya terpulang kepada hambanya masing2 utk berusaha dan menjadi lebih pandai.
bagi saya, saya bukannya tak boleh..
tapi boleh, malah boleh jadi yang TERBAIK.
itu semua bergantung pada diri saya sendiri.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka"(13:11)

ibu saya pernah berkata;"kakngah boleh, tapi kakngah je yang xmau."
sedih betul bila pikir balik kata2 tu.
kenapa mesti saya xnak?
mungkin Allah nak tunjuk yang lebih baik selepas tu??

ya betul tu..
ibu saya agak terkilan pada awalnya, tapi sekarang dia lagi terkilan dengan saya.
walaupun pointer saya xsegempak adik berdik saya yang lain,
tapi saya bahagia dengan penerimaan ibu saya.
sebab kadang2 apa yang ibu saya nak bukanlah terbaik utk saya. begitulah sebaliknya pada diri saya.
firman Allah;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

apa ibu saya kata; "tu la kakngah, umi dah kata kakngah boleh. xpe, lpas ni boleh dapat 3.7 pula."
=) =D =)
alhamdulillah.. teknologi sekarang semakin maju.
Allah nak tunjuk kat saya, andai saya yakin dengan-Nya, apa yang saya nak semua akan dapat.
saya dapat famili saya,=) saya dapat adik beradik saya =) saya dapat rakan2 saya...=)
firman Allah;
"Janganlah kamu nerasa lemah dan berdukacita, kamu adalah lebih tinngi(darjatnya) sekiranya kamu beriman." (Ali-Imran:139)
mampukah saya mencapai tahap ini?? insya-Allah..

ye.. saya lagi suka sebut rakan..
hehe..
kenapa?
entah, mungkin lagi sedap kot..
Ya Allah, saya berdoa kepada Mu semoga adik beradik saya yang lain percaya dan yakin denganMu.
janganlah biar kami putus asa dengan rahmatmu.
firman Allah;
"....dan janganlah kamu berputus asa darpada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf:12)

kadang2 dugaan tu datang bertubi2 dan pelbagai persoalan timbul..
masa tu la Allah nak uji keyakinan kita pada Nya.
firman Allah;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'telah beriman' sedang mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut:2)

bagi saya bila masalah dan dugaan tu menimpa saya, saya rasa nak marah.
tapi saya lupa , saya marah pon apa yang saya dapat. hanya iblis dan syaitan je yang bersorak gembira.
jadi, lebih baik saya diamkan saja.sabar saja lah..
firman Allah;
"wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Ali-Imran)

tapi nak kawal nafsu tu bukan senang. tambah2 kalau seseorang tu perempuan.
nafsu 9, akal 1. lain pulak lelaki, akal yang 9, nafsu hanya 1.

=) apa la yang saya mengarut kat atas tu.
kesimpulannya, saya hanyalah seorang hamba Allah yang hina lagi daif,
saya ada banyak tanggungjawab, tapi saya selalu cuba menangguhkannya.
ampuni saya Ya Allah.
Hanya engkau saja yang mampu dan berkuasa untuk memberi taufik dan hidayah kepadaku.
saya berharap perkara yang sedang saya ubah sekarang, saya boleh beristiqamah..

1) BOIKOT BARANGAN ISRAEL.!!!!!!!!!

bukan senang tu, hasutan2 syaitan banyak saja.
Tsauban ra meriwayatkan hadis daripada Nabi saw yang berbunyi;
"Istiqamahlah kamu dan jangan sekali-kali menhitung amalanmu."

Alangkah indahnya juga kalam Abu Ali al-Jauzajani yang membenci perbuatan sebahagian org yg mencari kemuliaan diri melalui karamah;
" Jadilah penutut Istiqamah, jgn jadi penuntut karamah."

begitu juga Muhammad al-Wasiti berkata;
"Istiqamah adalah akhlak sempurna, tanpanya akhlak menjadi buruk."

2) SABAR!!!
firman Allah;
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu, dan belum nya orang2 yang sabar."
(Ali-Imran:142)

insyaAllah, bak kata sorang akak tu.
kita nak ubah biar sikit2, bukan sekali gus.. syukurlah kalau dalam sehari tu dapat kita kurangkan sedikit bnda lara yang kita buat..
manusia tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.
manusia sentiasa melakukan kesilapan dan xkan pernah lekang daripada melakukan kesilapan.
manusia semuanya hina pada pandangan Allah melainkan manusia yang benar2 beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Semoga adik-beradik, teman, rakan, kawan, sahabat dan semua saudara saya yang membaca luahan ini akan tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah serta tergolong dalam manusia yan soleh solehah di dunia dan di akhirat..
firman Allah;
"Dan tiada kehidupan dunia ini selain dari main2 dan senda gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir?"

(Al-An'am:63)

Wallahu a'lam bisawab......

Monday, July 5, 2010

Generasi yang kita impikan.

Menurut satu riwayat, perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:

- Apa maksud semua ini?

Kedua-dua pemuda itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:
- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?

Dengan tegas lelaki itu menjawab:
- Ya! Saya telah membunuhnya!

Umar bertanya lagi:
- Bagaimana kamu membunuhnya?
- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.

Lantas Umar menjatuhkan hukuman :
- Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:
- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.

Umar bertanya lelaki itu:
- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar, atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?

- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:
- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:
- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:
- Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:
- Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:
- Adakah kamu mengenalinya?

- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.

- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?
- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insya Allah.

Umar mengingatkan:
- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:
- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:
- Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:
- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:
- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?
- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:
- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis:
- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

"wahai pemuda di atas kemaafanmu"

"wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya."

"wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji"

"wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu."

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

Saturday, June 26, 2010

KOD LEMAK BABI!!

KOD LEMAK BABI : E471

Ps jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
















1

E

100


16

E

280


31

E

434


46

E

482

2

E

110


17

E

300


32

E

435


47

E

483

3

E

120


18

E

301


33

E

436


48

E

491

4

E

140


19

E

325


34

E

440


49

E

492

5

E

141


20

E

326


35

E

441


50

E

493

6

E

153


21

E

327


36

E

470


51

E

494

7

E

160


22

E

334


37

E

471


52

E

495

8

E

161


23

E

335


38

E

472


53

E

542

9

E

210


24

E

336


39

E

473


54

E

570

10

E

213


25

E

337


40

E

474


55

E

572

11

E

214


26

E

422


41

E

475


56

E

631

12

E

216


27

E

430


42

E

476


57

E

635

13

E

234


28

E

431


43

E

477


58

E

904

14

E

252


29

E

432


44

E

478


59

E

920

15

E

270


30

E

433


45

E

481





















Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....
Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...
Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

--





Sunday, June 20, 2010

General Info.....
General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG... ..

Hadith :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ يَعْلَمُهُ فَكَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Sunan Abu Dawud di dalam Kitab al-'Ilm, Bab Karahiyah Man'u al-'Ilm.
Sunan al-Tirmizi, Kitab al-'Ilm 'an Rasulillah, al-Tirmizi mengatakan hadith ini Hasan.
Sunan Ibn Majah, di dalam Muqaddimah.
al-Albani mengatakan ia Sahih di dalam Misykat al-Masabih, dan Targhib al-Tarhib.

Thursday, June 3, 2010

Exam!!

Hidup ni xlepas daripada ujian. Ujian daripada pelbagai jenis.

sekarang baru je selesai mengira..
wah...rumitnya matematik... mujur la saya pernah belajar matematik sebelum ni. hehe..
akhirnya Allah bantu saya menyelesaikan kiraan matematik yang memecahkan pemikiran.
alhamdulillah..

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)