Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Monday, September 19, 2011

kembali menjengah!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

alhamdulillah.. akhirnya saya sempat menjengah kembali.. awak, saya mohon banyak2 maaf .. saya selalu je ingatkan awak, tapi tak sempat kita nak berbual panjang.. maafkan saya. gadia itu senyum, dia seperti mengerti.. lega perasaan saya.

"awak jangan risau. saya bukannya budak2 lagi macam dulu"

"ye ke? tak percaya saya." saya sengaja ingin mengusiknya.

gadis itu mencebik. "betullah. awak nak bukti ke?"

saya mengangguk laju ." dah tentu la!!"

Thursday, September 8, 2011

testing2~

"ehh, wat gapo dio lgi tu Pue? ore be doh nu,kito gi surau la kali"
"aii, kawe loghat ni Din , banyok kijo ni sikit lagi nok siap."
"alaa.. kijo ni pah bilo pon x abih, lepah semaye kito smbung la pulok"
"hor yo la goni.." =)


Wednesday, September 7, 2011

Akidah Dan Perjuangan


Thursday, September 1, 2011

pengajaran hari raya

Bismillah..
Assalamualaikum..

naik kapal ke lautan barat,
dikemudi oleh laksamana Cheng ho,
hari raya ni ku rasa berat,
sb ujian sabar yg ku alami hoho,

hehe,
pagi raya ke 3 ni, saya mengemas rumah, esok ada kenduri sikit in sya Allah, kenduri utk famili, sebab adik beradik abuya dah bertanya2 bila nak buat kenduri di rumah abuya. rancang2 in sya Allah esok khamis..

satu pelajaran yang saya dapat masa cuti raya ni ialah,

bila kita dapat mengawal keadaan diri kita, in sya Allah kita dapat mengawal keadaan sekeliling kita.


pengajaran yang saya dapat ketika membaca novel laksama Cheng Ho.. menarik sangat, boleh saya mempraktikkan dalam seharian saya,.. buktinya, bila ada org marah, dan kita pon marah juga, tetapi bila kita dapat mengawal kemarahan kita, kita bakal mengawal keadaan sekeliling kita.. saya dah buat..

tp, haha, saya ni pon bukan penyabar sangat. jadi sekali je mencuba, lain kalinya saya geram, dah x sabar dah x dapat kawal keadaan.. tapi, itu lah nak kata bila kita dapat mengawal diri kita , kita dapat mengawal keadaan yg lain. cubalah.. =))

lagi satu saya dapat pengajaran ialah...


berfikir utk kepentingan manfaat jangka masa panjang

erm... ini pulak bilamana kita ingin membuat satu2 keputusan,,, fikir panjang .. org puteh kata think cook-cook.. hihi.. ataupon fikir dua kali.. saya sangt terasa, bila saya ni salu je fikir pendek,, malah short term memory saya menyebabkan saya lupa kesalahan lalu.. adush!! erk! ini terbukti apabila, saya minta tolong adik saya belikan kasut utk saya, (actualy umi yg mintak tolong, bukan saya pon) tetapi dia x fikir panjang, tak fikir adakah saya akan pakainya.. haha bila bawak pulang, saya sangat tidak berkenan.. maaf ye dik, u x de citarasalah.. sense feminin kurang.. aish!..

tapi apapon, itu lah dia org di sekeliling kita.. saya juga baru sedar saya ni x kreatif rupanya.. hehehe
nway, to all readers my blog,


S E L A M A T     H A R I      R A Y A       A I D I L F I T R I...
MAAF ZAHIR DAN BATIN....
terima kasih..

Saturday, August 27, 2011

Tawakkal tu 'alallah..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..

setelah 2 bulan 20 hari berada di Nilai, hari ini aku terasa ingin berterima kasih sesangat kepada semua orang. 
umi, abuya, along, adik2ku, kak min, kawan2 masa aku kat tadika Islam, bebudak PASTI yang pernah jdi anak murid aku,tok cik aku, arwah wan, arwah tok belah umi, tok belah abuya, sepupu aku kat perlis, kedah dan sg buloh, pak sedara, mak sedara, tok sedara, dua pupu, sedara bau2 bacang..pimpinan2 PAS,  kawan2 sek rendah sek menengah, kawan2 yang dah nak p gombak, kawan2 bekas matrikulasi kedah, kawan2 yg aku kenal dekat kem2 merata, kawan2 merangkap adik2 comel kesayanganku di UIA Nilai, adik2 sekelas aku, sedorm aku, pakcik dan makcik kafe blok D,E dan B, staff2 UIA yg sangat disegani terutama staff di RMDD,=) pakcik "kuih nak", pakcik makcik bazar, pensyarah2 aku, ustaz maad,, uztaz majid, ustz mazheng, ustazah mazlina, ustazah hanilah, ustazah haliza, madam is, madam hazni, madam maheram, miss penasihat ENREC, dan semua pensyarah yang saya kenal, kepada adikku Nur (moga Allah mengurniakan hidayah padamu), serta muslimin dan muslimat di atas dunia yang rendah dan sementara ini..

SAYA NAK UCAPKAN TERIMA KASIH
TERIMA KASIH SESANGAT..

kalian tahu, kalian sangat2 lah baik menjadi hamba Allah yang menyandarkan segala didikan-Nya kepada ku..
jadi, kat sini saya nak cakap,
TERIMA KASIH dan saya sangat SAYANGkan kalian KERANA ALLAH..
moga diditerima Allah in sya Allah, Ameen..

mula2 dulu, aku ingat kan siapalah aku...
apa istimewanya aku.. entah~~
kenapa aku macam !@#$%^&...????
sesuatu yg x dapat diluahkan dalam bentuk perkataan, 
aku x tahu apakah itu sebenarnya..
aku jus reka sendri n panggilnya, RS (roh yg special)..
bila berfikir je aku ni RS, hati ni berdebar, pelik, 
aku terfikirkan apakah kesudahan aku...
aku pelik, PELIK SANGAT..
tak tahu nak cakap cane, tapi begitu lah...
pendek citer, aku ni lain daripada yang lain.
i need a time to think deeply utk mendalami hati2 yang lain,
KERANA aku RS....
itu fkiran aku yg dulu...10 tahun yang lalu, yang baru sedar dr ketidaksedaran..

namun sekarang juga x jauh bezanya,,
RS itu masih dirasai,,
aku masih rasa macam ~!@#$%^&.???
aku dapat melihat manusia sekelilingku bergerak, ketawa,
aku juga nmpak tangan aku bergrak menaip...
WOW!!! Subhanallah..
ah! aku msih tidak tahu knpa jadi mcm ~@#$%^&*.?? ni, 
aku nak tanya orang pon aku x tahu cane nak ty soalannya,,
sebab aku tak tahu..
jadi, aku fikir, aku x kan dapat jawapannya sehinggalah aku kembali kepada tempat asal aku..
iaitu SYURGA..
aku kena balik semula ke sana utk mendapatkan jawapannya..
kerana di sana, aku boleh tanya direct kepada Allah..
tp, untuk pulang ke sana dengan selamat, aku kena lepas,lulus dahulu ujian yang telah Allah tetapkan utk aku..
ujiannya adalah beribadat sepenuhnya kepada Allah..~~
dan ujian ini walaupun nmpk mudah satu ayat je, 
tp ia ada sub2 a), b), c) nya sampai xtahu berapa.
dan ia memerlukan kertas jawapan yang berkeping2 byknya..
kerja aku hanya menjawabnya, 
Allah nak mudahkan aku lagi, Allah bagi panduan kat aku, supaya senang nak jawab soalan2 itu..
panduannya ialah Al-Quran dan As-Sunnah...
aku x perlu meniru,
 dan ujian ini juga sangat istimewa kerana kita boleh merujuk direct jawapannya daripada Allah, 
dalam menghadapi ujian ini, 
seringkali juga aku gagal,
cukup2 makan pon ada, xpernah pass sepenuhnya..
alhamdulillah,, setelah gagal banyak kali dalam test sebelum ni, 
aku ambilnya sebagai pengajaran, 
sekarang aku dah hampir lulus,
biarpon begitu aku tetap perlukan-Nya,
terima kasih Ya Allah, kau kurniakan kepada mereka yang soleh dan solehah untuk menjadi pendampingku,
seorang rakanku yang solehah,
dia sentiasa mengingatkanku kepada-Nya..
satu hari aku kebuntuan mencari jawapan,
aku yang masih tidak sedar bahawa, rujukan yang pertama adalah Dia,
aku merujuk kawan solehah ku ini,
setelah dia menolong, aku berterima kasih padanya..
tetapi apa katanya..."terima kasih kepada Allah, Dia yang memberikan jawapan kpdamu sebenarnya."
ooHHH, aku mengiyakan.. hatiku masih keras.. hanya senyum ku lemparkan walaupon dia x nmpk..
pada hari ni, YMku berstatuskan "I need someone to chat".
tiba2 chatboxnya naik, apa katanya."chat with HIM... HE's always there..."
oH!! dadaku seperti ditikam, aku sudah lupaNya..
namun egoku yg masih xdapat dididik, telah menjawab,,
"kadang2 manusia memerlukan manusia juga..."
tp apa katanya ...
"betul... manusia kadang2 memerlukan manusia... tapi manusia SENTIASA perlukan DIA =)"
aku kalah, namun aku bersyukur.. terima kasih sayang.. aku sangat sayangkanmu walaupun kita jrang2 berhubung, siapa kamu aku juga belum benar2 kenali, namun aku tahu kamu seorang yang solehah, beruntungnya mana2 lelaki soleh yang mendapat dirimu..

tu la nak ckp.. kat mana saja akan ada yg akn tegur kita.
tp kadang2 sb ego itu menyebabkan kita salah faham dengan teguran itu..
moga aku terus ingt, mengingati dan diingati....
syukron ya ikhwatiii...~~^^


Sunday, July 24, 2011

Mutiara Kata secebis harapan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.


24/07/11
Seuntai madah buatmu untuk dihayati..
setitis ilmu.. 
bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati.. 
iman itu dinding taqwa.
sedangkan taqwa itu perisai hati.. 
yang memusnahkan pastilah nafsu.
dilayan jangan..
dilawan pun jangan..
dididik perlu...
apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala-galanya.
yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.. =)
Maan Najah!
[08:40:43PM]
***END***

23/07/11
Ilmu itu ibarat cahaya.
Tanpanya gelaplah jiwa. 
tanpanya diri tidak dikenali dunia.
Ilmu itu jua teman setia yang sentiasa bersama dan semakin bertambah apabila disebarkan kepada yang lain,
berbeza dengan harta yang semakin berkurang dan tidak kekal.
sama2lah kita tekun muraja'atud durus menjelang imtihan yang semakinmendekat.
Dakwah kita adalah yang utama,tapi pelajaran jua bukan nombor dua..=)
Marilah sama2 tingkatkan prestasi pelajaran seiring menyebarkan dakwah ISlam.
Selamat menmpuh imtihan,
Bittaufiq wannajah Jundullah jamii'an,
do the best among the rest.
KECEMERLANGAN ANDA BERGANTUNG KEPADA KESUNGGUHAN ANDA. =)
[10:30:02 PM]
***END***

Aku lupa...
Ukhuwwah asasnya salamatussodri,
bukan hasad yang mencengkam diri,
ukhuwwah membahagiakan,
bukan meyeksakan,
ukhuwwah menyelamatkan,
bukan menyesatkan dan AKU LUPA..
UKHUWWAH mengINGATkan,
bukan mengALPAkan.
sesungguhnya aku lupa.
Maafkan aku ukhti,
aku saudarimu yang lupa dan alpa.
Aku berukhuwwah bukan kerana nafsu,
bukan jua ukhuwwahku palsu,
tetapi dalam aku menyuburkan perhubungan,
terkadang diuji dengan dugaan dan ujian,
hingga menggoncang hati2 yang ku sayangi, 
kerana khilaf diri yang alpa dan lupa,
matlamat ukhuwwah yang dibina.
Mohon kemaafab atas segala kekurangan dan kesilapan diri ini..
[09:46:54 PM]
***END***

aku sayang kamu juga dan aku juga mohon maaf atas segala kekhilafanku selama berukhuwwah denganmu..


Saturday, July 23, 2011

Hitung dosa ..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..

     setelah sekian ketika aku menyepi, aku kembali..mencoret sesuatu yg berguna utk semuanya yg membaca. mungkin ini hanya perihal kehidupan seorang insan yg penuh dosa padanya, tetapi dia cuba sampaikan sesuatu yg boleh di ambil ikhtibar, semoga itulah sedikit modal utknya dibawa ke akhirat kelak. sekadar coretan 'merepek' yg terukir, hanya yg faham dan tahu menilai sahaja yg dapat berlian dan emas yg tersembunyi.. bgi yg ilmunya penuh didada, ku alu-alukan membaca dan mengetahui sedikit luahan hati beku yang bakal cair ini..

     Gadis itu bergerak ke almarinya, tangannya pantas mencapai netbooknya dan meletakkan di atas katil. dah dua hari dia tidak menjenguk netbooknya, rindu pula muncul tiba2.. sambil netbook tengah loading.. gadis itu membaca artikel di helaian surat khabar yang merupakan salah satu assignmentnya.. apabila sempurna loading, dia mula menggerakkan jarinya membuka apa yg patut,,gadis itu ralit dalam dunia lagu yang dipasangnya, khayal dia mendengarnya, sambil tangan membuat kerja..

     beberapa ketika, rakannya datang kepadanya, mengadu sesuatu. Gadis itu terkejut dengan berita itu. namun sedayanya memimik muka sebaiknya agar diri insan dihadapannya tidak terguris. gadis itu tidak faham.. dia mula menghitung kembali apa yang berlaku. mungkinkah dahulu dirinya yang mengalaminya, tetapi kini org sekelilingnya pulak mengalaminya. Suatu keadaan yang tidak sedap dan selesa menyelebungi persekitarannya. Itulah dia apa yang sebenarnya, hidup ini tidak akan lekang daripada masalah. bila kesenangan yang kita peroleh, mana mungkin kita akan terlepas dengan kesusahan..

      yang unik nya, kali ini, apa yang berlaku dahulu telah bercampur aduk pada kali ini. jika dulu, dia jadi orang tengah kepada pasangan rakannya yang bertengkar, walaupon akhirnya ia tetap tidak baik juga kerna kedegilan dan keegoan kedua2 pihak.. dalam masa yang sama, gadis itu mengalami tekanan perasaan yang agak teruk, syukur sekali dia ada kaunselor sukarela yang sanggup menjadi pendengar dan pembantu maslahnya. tp kini semua itu dah tiada, namun masalah yang sama berlaku. tetapi masih diperingkat awal.

     Bagi gadis itu, perangai adalah punca segala2 hal dan masalah. sikap yang pentingkan diri, ego, tidak sabar dan sebagainya itu memang akan menular begitu sahaja dalam diri setiap anak adam.. Dia tidak nafikan dirinya juga tidak terlepas daripada semua itu.. namun dia cuba untuk berubah, salah satu tujuan hidupnya adalah sentiasa mengupdate diri menjadi lebih baik. mungkin sehingga dia nazak bertemu ajal juga dia akan berusaha berubah menjadi lebih baik. walaupun kadang2 dirinya begitu celaka kerana hari ini lebih teruk daripada semalam, tp dia muhasabah kembali..

     Rakan2 gadis itu, semuanya baik2, tetapi mereka mempunyai keinginan masing2, sepertinya juga, pasti ingin keinginannya dipenuhi, ingin dirinya berpuas hati dengan perkara sekeliling. Namun gadis itu sentiasa mengingati dirinya, itu adalah mustahil. hidup ini sementara, mati itu mungkin beberapa saat saje lagi, kita tidak tahu, oleh itu gadis itu sering kali mengingati lagi dirinya, muhasabahlah dirimu.. Gadis itu perlu diingati selalu kerana itu lah dirinya.. dirinya sendiri mengingati dirinya... itu lumrah, manusia disekeliling bukanlah ibu kita, bukan juga personal assistant kita juga..

     Andai sahaja diri gadis itu berada, pastinya dia akan mengubah seorang pembantu peribadi utk mengatur segala jadual hidupnya. Tapi itu hanyalah anganan yang berpusing2 dia fikirannya kerna dia perlu utk belajar, belajar melakukan apa saja yang dia tidak mampu buat. begitu juga orang lain, baginya, x cukup jika dia saja yang ingt dan tahu tetapi orang lain tidak tahu, itu tidak cukup kerna dia bukan hidup seorang sebaliknya hidup dengan ramai orang disekeliling..
   
     Gadis itu sedih memikirkan masalah rakannya, hajat dihati ingin menolong , tetapi adakah pertolongannya diperlukan?adakah dia mampu meleraikan perselisihan yg berlaku? adakah dirinya tidak akan terjebak sama dalam masalah itu? adakah mereka dapat menerima penyelesaian yang akan dia berikan? tp dia takut, dia sedih juga kerna dia tidak mampu utk buat semua itu, dia kebuntuan, dia hanya melihat dan mendengar ,tp ingin bergerak tidak mampu.. dirinya ibarat koma.. hatinya sahaja merintih. itu lah yang dia tidak faham, adakah dosanya begitu banyak sehingga Allah menarik nikmat membantu itu.. Dia pilu memikirkan. ingin saja dia menjerit, berlaku tidak malu dan berani utk berhadapan dengan permasalahan dunia semata2 ini ...

     rakannya mengambil keputusan utk mengundur diri, memberi ruang kepada rakan nya yang seorang lagi. baiknya hati. Gadis itu tahu, mereka belum punya banyak penglaman dalam menangani sikap manusia ini. mereka juga perlu muhasabah diri mereka, tidak perlu utk menyalahkan orang lain, jika diri sendiri tidak sempurna. benar xakan ada yang sempurna. oleh itu, maksudnya, salahkan diri sendiri sebelum salahkan yang lain. walaupon kadang2 hati ini pasti membangkang kuat bukan salah diri, kerana ego lah yg bermain ketika itu.. boleh saja kita hendak membelai ego, tetapi jangan sesekali menjinakkannya. nanti diri kita juga yang teruk..

     kesekian kalinya, gadis itu ingin menjadi orang belakang, bukan orang tengah. bukan nak berpihak pada mana2, tetapi berusaha utk tidak memburukkan keadaan. kerana profile dirinya juga dalam perkemasan, manakan boleh mengemas profile orang lain dengan baik, cukuplah sekadar dia memaklumkan apa yang perlu dan tidak perlu diletakkan di profile itu...semoga Allah merahmati gadis itu, semoga dirinya kuat terus..

bersambung...

hati saya cukup tersentuh mendengar kata2 berkenaan ulama dan wali2 Allah, nikmatnya hati berfikir tentang kebaikan dan ketinggian ilmu orang2 yang soleh solehah ini.. hati saya gembira dan tersenyum kerana mengetahuinya, kerana itu salah satu aset rujukan yng dapat saya buat.. buat gadis itu, semoga awak pertimbangkan sebaiknya apa yang berlaku, mungkin awak berfikir banyak sangat sehingga awak fikir, awak perlu menarik diri... tidak perlu, memang kita ini perlu berfikir tentang masalah ummat, namun itu lah khalifah berusaha utk perkemaskan profile diri bersama membantu perkemaskan profile sahabat lain..

^_^ cukup utk hati ini berbunga bila melihat yang lain gembira, tapi hati ini tetap sedih kerna virus rindu yang semakin melarat ini, virus ini xdapat saya buang kerna dengan virus ini membantu saya mengenal anti virus-anti virus yang pelbagai.. kemudian saya akan pilih yang terbaik utk melunaskan semua virus2 yang tidak perlu, kerana saya hanya perlukan anti virus itu utk menjaga diri dri terkena virus2 yang lain...

Saturday, July 2, 2011

Pandangan nakal lelaki

Bismillah..
Assalamualaikum..

Jom kita hayati sedikit apa yg terkandung didalam kata2 dibawah.. sedarilah wahai muslimah ... insafilah diri.. peringatan bersama,,, 


Allah telah menjadikan manusia
Berpasang-pasangan.
Malam pasangannya malam,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas dan
Lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
Pasangan kepada lelaki,
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
Itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubung kait dengan nafsu,
Ia ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
Dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
LaranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa,

impian jangka masa pendek..

Bismillah...
Assalamualaikum..

Alhamdulillah,, syukur nikmat kepada Allah, segala puji bagiNya dan selawat keatas nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam..

Setiap manusia ada impian kan??
Apakah impian kalian?? 
mesti hebat2 kan??
saya juga punya impian..
impian saya banyak..!!
^_^
tp impian terdekat saya ialah..
hehe
pertama,
haha, perlulah pertama, maccam banyakkkk...^^
k, nway, first and formost saya nak shopping !! (dah terlaksana,ahak~)

kedua..
ape ye???
saya nak memBERSIHkan hati dunia ini..
boleh ker?
bi iznilallah..
moga Allah permudahkan..
koya deh! hati sendiri x cukup bersih lagi nak bersihkan seluruh dunia,,
that's my short dream..
did you know that better right?? ahaha...

3rd..
i wanna help my new frens to convert to Islam.
Doakan saya ye kalian, agar saya kuat menghadapi madu'u2 saya,
terutama yang non-muslim, 
Ya Allah, bantulah saya..
sangat mencabar,
 namun saya bersyukur ada sahabat2 yang sudi membantu saya daripada belakang..
terima kasih kalian!
terima kasih sangat2..!!
Kalian sangat99x BAIK dan PEMURAH..
kerana sudi layan saya yang macam2 soal dan kerenah,
dan juga sudi sangat2 utk berkongsi ilmu kalian..
saya sangat3 bersyukur kerana dikurniakan sahabat2 yang 'speacial' mcm kalian..
syukran jiddan jiddan jiddan (bak kata us.Mazlina, haha)
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
if one day, u need my help,
in sya Allah, I will help you by *sepenuh hati.. 
(haha,kantoi BI yg kerek)
Okay???
boleh kalian??
okay..
thanks to you guys..
thanks very much..
I LOVE U ..^_^
Semoga Allah membenarkan cintaku ini..=)


Friday, July 1, 2011

Jagalah dirimu wahai muslimah..

Bismillah...
Assalamualaikum..

Dah lama x copy and paste ni, jadi utk post kali ini saya ingin berkongsi sedikit pesanan daripada kawan saya kepada semua muslimah terutamanya dalam kehidupan harian kita..=) muslimin nak baca pon boleh je... silakan lah baca.. =)

1. Jauhilah olehmu banyak bicara (yang tidak bermanfaat) dan jagalah lisanmu.

Sesungguhnya Allah berfirman:

"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia." (An-Nisa':114)

Ketahuilah bahwa di sana ada orang yang menghisab pembicaraanmu dan menghitungnya atasmu.

Ringkaslah pembicaranmu, dan bicaralah sebatas maksud dan tujuanmu!

2. Bacalah Al-Qur'an Al-Karim, dan berusahalah agar ia menjadi wirid harianmu, juga berusahalah untuk menghafalkannya Sesuai dengan kemampuanmu, agar engkau memperoleh pahala yang besar kelak di hari kiamat.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amir Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallahu 'Alaihi wa Sallam beliau bersabda:

"Kelak (di hari kiamat) akan dikatakan kepada pembaca al-qur'an, bacalah, pelan-pelanlah dan tartilah (dalam membacanya) sebagaimana kamu mentartilkannya ketika di dunia, sesungguhnya tempat dan kedudukanmu ada pada akhir ayat yang kamu baca." (Hadits Shahih, Tirmidzi, 1329)

3. Tidak baik jika kamu membicarakan semua pembicaraan yang telah kamu dengar, sebab yang demikian itu memberi peluang kepadamu untuk jatuh dalam lubang kebohongan.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu meiwayatkan, sesungguhnya Nabi Shallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:"Cukuplah seorang dianggap sebagai pembohong, jika dia membicarakan semua apa yang telah didengarnya." (Muslim dalam Mukaddimahnya, hadits No:5)

4. Jauhilah sifat sombong dan bangga diri dengan sesuatu yang bukan milikmu karena untuk pamer dan menyombongkan diri di depan manusia.

Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha bahwa ada seorang perempuan yang berkata: wahai Rasulullah, aku katakan bahwa suamiku telah memberiku sesuatu yang tidak pernah diberikan kepadaku. Kemudian Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

"Orang yang merasa kenyang dengan sesuatu yang tidak diberikan kepadanya sebagaimana orang yang memakai pakaian kepalsuan." (Muttafaq Alaih)

5. Sesungguhnya dzikir kepada Allah memiliki pengaruh yang agung bagi kehidupan ruh, jiwa, badan, dan sosial seorang muslim.

Oleh karena itu wahai ukhti muslimah berusahalah berdzikir kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan, sesungguhnya Allah telah memuji hamba-hamba-Nya yang ikhlas kepada-Nya, firman-Nya:

"Yaitu orang-orang yang mengingat (dzikir) Allah sambil berdiri, atau duduk atau dalam keadaan berbaring." (Ali Imran:191)

6. Jika engkau hendak berbicara janganlah engkau agung-agungkan, jangan engkau fasih-fasihkan, dan jangan pula engkau buat-buat, sebab yang demikian itu adalah sifat yang dibenci oleh Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam

Beliau bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya kelak di hari kiamat ialah mereka yang suka bicara (yang tidak berfaedah), dan yang suka mengada-adakan pembicaraannya, dan para Mutafaihiqun (orang yang mengagung-agungkan pembicaraan bohong)". (Hadits Shahih diriwayatkan oleh Tirmidzi, 1642)

7. Hendaklah engkau berteladan kepada Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam , yang senantiasa lebih banyak diam dan berfikir, tidak memperbanyak tertawa apalagi berlebih-lebihan di dalamnya.

Jika kamu berbicara, maka batasilah pembicaraanmu hanya yang baik-baik saja, jika kamu tidak bisa maka diam itu lebih baik bagimu. Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia mengatakan yang baik atau lebih baik diam." (Bukhari)

8. Janganlah sekali-kali memutus pembicaraan orang lain atau membantahnya atau menampakkan pelecehan terhadapnya,tetapi jadilah pendengar yang baik yang mendengarkan pembicaraan orang lain dengan sopan (sebagai tanda budi baikmu), dan jika engkau terpaksa membantah ucapan mereka bantahlah dengan cara yang lebih baik (untuk menampakkan kepribadianmu).

9. Waspadalah sepenuhnya dengan sikap mengejek dan merendahkan dialek pembicaraan orang lain, seperti terhadap orang yang kurang lancar bicaranya atau terhadap mereka yang berbicara dengan tersendat-sendat.

Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka yang mengolok-olok, dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita (yang diolok-olokkan) lebih baik dari wanita (mengolok-olok)." (Al-Hujurat:11)

10. Jika engkau mendengar bacaan Al-Qur'an al-Karim, maka hentikan pembicaraanmu apapun masalah yang sedang engkau bicarakan, karena menghormati terhadap kalamullah,

dan untuk mengindah perintah-Nya yang mana Dia telah berfirman:
"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan baik (tenang) agar kamu mendapat rahmat." (Al-'Araf:204)

11. Senantiasa menimbang kata-kata (ucapanmu) sebelum diucapkan oleh lisanmu, dan berusahlah agar kalimat yang terucap oleh lisanmu adalah kalimat yang baik dan menyejukkan tetap dalam kerangka jalan kebaikan, jauh dari keburukan dan sesutau yang menghantarkan kepada murka Allah. Sesungguhnya kata-kata itu memiliki tanggung jawab yang besar, sudah berapa banyak kata-kata yang memasukkan pengucapnya ke dalam surga, sebaliknya sudah berapa banyak kata-kata yang menenggelamkan pengucapnya ke lembah Jahannam.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu dari Nabi Shallahu 'Alaihi wa Sallam beliau bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan sebuah pembicaraan yang mengandung ridla Allah, seakan-akan manusia tidak peduli dengannya maka Allah akan mengangkatnya dengannya beberapa derajat, dan seorang hamba berbicara dengan
suatu yang dimurkai Allah, seakan-akan manusia tidak peduli dengannya maka Allah menceburkannya karenanya ke dalam lembah Jahannam." (HR. Bukhari,6478)

12. Pergunakanlah lisanmu untuk beramar ma'ruf dan nahyu munkar serta untuk berdakwah kepada kebaikan, karena lisan adalah nikmat Allah yang agung yang telah dikaruniakan kepadamu.

Allah berfirman:

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia." (An-Nisa':114)

selamat beramal..~~^^

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)