Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Tuesday, March 22, 2011

aktivitiku masa cuti..^_^



Salamualaik...
cuti kat rumah ni, saya ambil peluang mengutip sebanyaknya pengalaman..
start ja cuti 26hb feb, saya terus ke program sehinggalah 4hb mac..

11,12,13hb mac pula,
saya ikuti kem remaja.. bersama2 saya peserta pelajar ting. 1 hingga ting. 5...




game buat gaya ikut rentak lagu..



adik2 dah tak sabar nak main.. hehe(padahal pakat malu)




pembentangan daripada adik2, berkenaan masalah remaja..



bersungguh adik2 nak fahamkan pendengar



warming up dulu sebelum main sukaneka..



nak main tuju selipar pulak...



game dalam grup masing2..

rupa2nya.. layan budak2 menengah nie lain dengan melayan budak2 universiti.. kena banyak2 bersabar la..

selalunya, kita ini sangat inginkan perhatian.. perhatian daripada org yang dipercayai.. perhatian seperti kasih sayang, sanjungan, pujian, ambil berat dan sebagainya.. dan siapakah yang boleh memberikan perhatian sepenuhnya sehingga kita tidak rasa dipinggirkan..

ada ke??

***

sukar nak mencari, dan saya rasa mustahil.. setiap orang ada tanggungjawab masing2.. dan setiap orang pasti terleka dan terlepas pandang, jadi mustahil nak mencari seorang teman yang mampu memberi sepenuh perhatian kepada kita, melainkan dia tiada apa2 kerja nak dibuat..

Ingat lagi saya kata2 seorang ustaz di situ..

1) dalam membentuk jiwa dan peribadi anak2, terutama yang kecil dan mentah, kita kena pandai menggunakan perkataan, dan pandai bermain kata dengan budak2 ni..

2) tolong hindarkan daripada menggunakan perkataan "jangan" kerana dengan perkataan "jangan", maknanya kita sedang melarang. dan apa yang kita larang itulah yang akan, anak2 akan buat.sebaliknya bila kita lagi menyuruh, lagi mereka tersentak, nak buat ke tak?? budak2 usia sekolah rendah dan menengah ni, berfikiran sonsang.hehe..

*saya juga belajar tentang untuk menjadi remaja mukmin yang sejati.. :DD walaupun penyampaian itu untuk adik2, tetapi akak2 dan abang2 fasi tetap peroleh kebaikannya.. like*

***

gadis itu membelek2 calendar henfonnya, "tak lekat jugak aku kat rumah"..

saya pandang dia.. "bagus lah, ni la peluang nak ambil sebanyaknya pengalaman.."

"ye2, tu memang betul, tapi saya perlu pandai bahagikan masa sebaiknya, saya tak nak pengalaman yang saya lalui ni pergi tanpa tinggalkan apa2 pengajaran atau tauladan atau kenangan."

"so? u shuld create it first."

"that's the problem, i don't know."

"maybe u can keep them in your diary?"

Gadis itu senyum... saya juga juga senyum, dapat berkongsi dengan yang lain..:)

***

rehat sekejap di rumah, saya kutip pengalaman lagi pada,

16,17,18,dan 19 mac..kali ni di bukit air pulak.. untuk kali ini, saya bersama adik dari darjah 3 hingga darjah 6.. lagi mencabar..
berikut adalah gambar2 bersama mereka..



baru datang, mendengar taklimat awal


ni lah adik group saya.. comel2 kan??:DD


mereka sedang buat warming up, ada riadhah pagi..


nah! percubaan zaki(baju belang) meletupkan belon dengan api..
tetapi tidak meletup. kenapa?? jeng2.... cuba teka..


mira usha kertas tu berdebar, pop!! kena diri sendiri, kena belakon..
hehe... bagus betul mira dalam lakon, dia kena nasihat adiknya utk rajin belajar.. :)

nak berkawad ni.. sungguh tatatertib adik2ku ini..


makan dalam halaqah sebelum bermain bola..



alamak, Adah!!! tangan kanan la makan...


BFF Aina dan Chah


bersolat jemaah dalam surau tepi hutan..


alhamdulillah.. walaupun mencabar, cabaran itu yang mendidik jiwa ni supaya sabar.. terima kasih adik2 ku...:)

"awak, nak tahu x, saya rasa sangat2 kesal selepas program ni."

Gadis itu pelik.." ??" sambil mengangkat keningnya menginginkan penjelasan.

"sebab, saya x hantar adik saya ke program ni. saya ada adik darjah 3. sangat sesuai if saya hantar."

"Ish2,, ada lah hikmahnya tu.. awakkan selalu ajar saya yang tentang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya? lagipun, saya rasa bersalah juga sebab tak ingatkan awak"

"eh, tak da apa la.. awak x salah apa pon, human is not perfect, like me too. bagaimana saya nak bimbing awak, kadang2 saya juga lupa?"

"akal dan nafsu tak dapat dipisahkan, dan iman lah yang membantu kita. awak dah cukup bagus pertimbangkan untuk saya, moga iman kita terus naik bersama kita.."

"in Sya Allah".. saya senyum puas.. gadis itu boleh menasihati saya maknanya dia akan lebih rasional berfikir selepas ni.. saya tak boleh leka.apapun, saya sebagai backup dia bila dia down...
:)))






Ya Allah.. mudahkan aku bangun tido.:D

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Monday, March 21, 2011

Kubur lama~~

Bismillahirrahmanirrahim..
asSalamualaik..

petang tadi selongkar2 dalam peti ais, jumpalah nyior, ambik sebelah nyior tu p mesin, dapat hampas, perah pulak.. dapat santan.. masukkan dalam periuk, masukkan bahan, pas dah kembang, masukkan santan pati. lepas mendidih,tutup api, masukkan dalam mangkuk... :D
jadilah begini.... ahaks~~



terliur x??? haha
merapu ja..

Gadis itu usha2 FBnya,
"Aduh...sakitnya kepala.."
saya kata,"Mahu tak sakit, mengadap FB ja.. ca baca buku."
Gadis itu sengih sinis, " In sya Allah.."

saya akan gerak dgn umi dan abg dan beberapa org lagi ke kubur lama. untuk apa? nak ambil sedikit tanah utk upacara bomoh...erm...

manusia zaman sekarang ni, walaupon teknologi dah maju, still lagi nak guna2kan orang... kesian pakcik saya. semoga dia dirahmati Allah dan selamat dunia dan akhirat..

tp xjadik.. sebab apa, jin2 ni jangan main la.. seksa hidup nt.. huhu.. Ya Allah, jauhkan km dr ilmu2 hitam dan daripada iblis durjana.. Amin..

Siapa nak jadik anak soleh??

Anak Soleh

Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

Lagu & Lirik :Wan Syah (UNIC)
Hijjaz Record Sdn. Bhd.



salamualaik... diatas ada lirik lagu Anak Soleh.. siapa nak jadi anak soleh?

>>
saya!!!!!

...

Gadis itu senyum, kemudian muram.. boleh ke aku jadi anak yang soleh?

***

Boleh ker??

...

jawapan nya:
semua orang boleh. sapa cakap? saya yang cakap..
semalam, saya dapat printer baru.. alhamdulillah..(red herring)



ni printer CANON MP258, yang terbaru punya.. dan ini juga adalah printer yang ketiga kalinya.. hehe, semuanya 3 in 1. dan ini speacial ckit, sebab ia modify tank py.. semuanya permintaan umiku.. Dia bersungguh ingin yang pasang tank supaya tahan lama.. haha :DD. hal ini kerana printer sebelum2 ni rosak akibat salah isi ink dan.... jem rasanya yang 1st tu.. haha.. kali ini, agak2nya bertahan lama mana ye?? we wait and see...

saya rasa saya sangat senang, sahabat sahabiah suma senang tak? saya tahu ada yang susah, apa yang diingini tak dapat2..apa yang di mintak tak dipenuhi..

bagi saya, kita sebagai seorang anak, kita lah yang kena penuhi segala keinginan mak ayah kita. terutama ibu. sebab kita dilahirkan oleh ibu, dan disebabkan ayah kita dilahirkan. huh, itu dah sangat besar pengorbanannya..


Bagaimanakah anak2 membalas pengorbanan besar ayah dan ibu? adakah dengan meminta2? (saya lah tu,huh!)

jawapan: belajar rajin2,bagi dapat no.1 or 4 flat, berdoa selalu.... dan bla bla bla (jawapan femes da.)
tapi, apakah jawapan yang sebenar2nya? sapa tahu?? :)
lain orang lain jawapannya. ada yang kata,
"pengorbanan ibu bapa tak terbalas dengan material semata2",
atau
"kasih sayang lah yang mampu membalas pengorbanan ibubapa, dengan membuat ibubapa sejuk perut dengan anak2nya."
atau,
"cukuplah kita tidak meletakkan ibubapa kita kat rumah orang tua dan menjaga mereka"
atau...
macam2 la.....
if me.. saya rasa kan, pengorbanan ibubapa tak kan terbalas. tapi, bila kata tak terbalas, tak bermakna kita tidak perlu berbuat apa2.. kerana tidak terbalas jugalah, kita sememangnya perlu bertungkus lumus menjaga hati ibubapa kita. :D
bagi saya, cara nak balas pengorbanan ibubapa hanya satu, menjadi anak soleh dan solehah...begitulah pendapat saya..

nak menjadi anak yang soleh, bagaimana pulak???
erm... cukuplah kalian menghayati lagu diatas.. :) tu pon kita belum tentu mampu melakukannya, (termasuk saya)

k, setakat ini perkongsian saya.. Gadis itu senyum kembali sb dia ada guide yang boleh dia gunakan.. ^_^

Thursday, March 10, 2011

baru belajar...

bismillahirrahmanirrahim..
salamualaik...

dah lima hari saya kat rumah.. apa yang saya dah buat kat rumah.??. hehe macam2 gak, n salah satunya saya br nk belajar photoshop.. ni hasil saya yg pertama..

saya: cane?
saya: (dalam hati), peliknya... comot..
adik kedua: cantik!
umi: erm... letak bintang lagi cantik..
saya: ok! :)

hehe... biasalah percubaab pertam,, tengok cth dalm u tube, beza habis, dia wat cam laing , saya buat cam lain.. tu yang so weird!! xper.. nt nak try lg.. hehe..

Wednesday, March 9, 2011

sakit ker???

argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
apa masalah dengan blog ku?? isk3!!! tolong la pulih semula..... Ya Allah..

Tuesday, February 22, 2011

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana
disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama
pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan
seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian
berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur
lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau
terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu
membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi
syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati
dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi
kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila
masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng
bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan
rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila
ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup
di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

awak kenal diri awak?

Bismillahirrahmanirrahim…

2.03pagi masih kelihatan beberapa orang pelajar sedang belajar di dalam surau asrama. Gadis itu sedang menangis.. Saya mendekatinya, itu kali ketiga dia menangis teruk.. Kerap pulak dia menangis sejak akhir2 ni.. Perempuan, mudah saja mengeluarkan air mata. Saya menepuk bahunya seraya tersenyum kepadanya. Gadis itu pandang kosong saja. Saya duduk saja di tepinya menunggu luahannya.. 10 min berlalu, masih belum ada apa2 lagi, mungkin dia dah lega kot. Walaupon air mata masih mengalir. Kelihatan matanya dah bengkak. Saya jadi risau,kemudian ambil tindakan bertanyakan keadaannya.

"awak okey ke?"
"macam okey ke?" Gadis itu bertanya kembali.
"tak." ringkas jawapan saya.
"something wrong somewhere?"
"something wrong here!" Gadis itu menunjukkan jari telunjuknya ke kepalanya.
"Kenapa?"

*sunyi

"Awak nak tahu tak, selama ni… bukan, sebelum ni, masa sekolah menengah dulu, saya ingatkan ibu saya tak faham apa yang saya nak, tak faham perasaan saya, tak faham apa anak gadis dia nak buat...."

Saya tunggu...kemudian bersuara. " rupanya……?"
"Rupanya, ibu saya lagi faham saya, walaupun tak tau apa yang dia faham, tapi ibu lagi mudah if nak conference, berbanding dengan kawan2.kan??"
"maybe." ringkas saya menjawab.
"ye la, ape plak maybe? Buat pengetahuan awak, saya juga ada otak macam orang lain, saya juga ada akal macam orang lain."
Saya senyum, "Betul!."
"Dan saya juga ada hati dan perasaan macam orang lain… I know who I am."
"who are you?"
"you ask me?" saya mengangguk, sengaja nak panaskan dia, asyik ikut ja xboleh jugak.
"See, awak pon xtahu sapa saya, apatah lagi manusia kat luar tu!!!" gadis itu marah, tapi masih belum lepas sepenuhnya.
"Kalau awak tahu awak sapa, try to tell me who are you actually!" saya cabar dia.
"saya…. Manusia. Saya… anak ibu dan ayah saya. Saya… pelajar universiti. Saya…"

saya mengecilkan mata kepadanya.
"Cukup2.. Awak adalah awak. Awak kenal tak diri awak sebenarnya? Dengar sini, awak tak boleh jugde orang ikut sedap perasa mulut awak. Awak tak mampu nak orang kenal diri awak macam yang awak nak, sedangkan awak sendiri tak kenal sapa awak. SAPA AWAK??"



"sapa saya? Sapa saya di mata awak?" lemah je soalannya.
"awak manusia, manusia yang lemah, yang banyak dosa, yang banyak buat silap, yang pentingkan diri, yang punya perasaan yang sangat lemah… cuba bayangkan andai awak benar2 kenal diri awak, awak xakan lemah, awak xakan kalah pada syaitan dan nafsu, awak akan insafi dosa awak, awak akan selalu bertaubat, sebab awak kenal diri awak, awak selalu nak perbaiki diri, awak tahu susun hidup awak."

"macam mana nak kenal diri?"
"muhasabah."
"bila."
"Bila2 masa saja."
"huh! tak sempat."
"just a simple reason. That's very bad, you know?"
"I know."
"so?"
"maybe next time."
"awak tahu awak mati bila?"
Gadis itu membuntang matanya.
"Saya mati, awak pun mati jugak."
"Awak…" Gadis itu terus memekakkan telinganya dengan lagu2 yang berkumandang di headphone.
Saya pening. Tak boleh di biarkan. Gadis itu semakin tiada perasaan nanti. Saya klik pause di winamp dalam notebooknya. Gadis itu bangun. Saya rasa dia dah lama tak marah orang.

"Awak pon tak puas hati dengan saya?"
"Awak puas hati ke dengan diri sendiri?"
"peduli apa?"
"Bagus!, macam ini lah. Pedulikan! Pedulikan orang lain. Buat apa nak peduli, buat sakit hati saja."
Gadis itu menjeling saya. Tapi saya tak terasa pun. Pedulikan!.

"Awak ingat senangkan ke nak xpedulikan orang? Saya sendiri pon tak suka orang xpedulikan saya, saya juga tak suka orang singkirkan saya..jadi, awak fikir saya boleh tak pedulikan orang??"
"jadi?" Biar gadis itu sendiri yang mencari jawapannya.
"mungkin itu kot…. Saya pernah taknak peduli ke orang lain, jadi, orang lain pon buat tak peduli ke saya." gadis itu menangis.
"back to normal, kawan saya pernah kata, saya perlu berdikari, perlu lebih matang.."
"yap… matang.. Berdikari.. Susah kan?"
"em…apa boleh buat? awak xnak dewasa ke?"
"boleh ke tak nak? Kalau boleh, nak la."
"cuba awak bayangkan umur awak sekarang 25@ 26." saya senyum sumbing.
"26?*imagine* Hahahaha… awak dah kahwin la.."
"Eh!saya pulak? Kita tanya dia, dia nak kenakan kita pulak. Masa tu awak dah ada master. Nak?"
"Nak!" gadis itu hulurkan tangannya.
"Nah!" saya menampar telapak tangannya kemudian menggenggam..
"Jangan nak berangan lagi, asasi pon tak lepas lagi…"
"hahaha.. Awak yang ajak saya berangan."
"bukan berangan, impian.. Doa penting untuk capai impian itu."
"in sya Allah.. D.O.A A.I.N.. Dalam Otak Ain Ada Impian Nak……. Macam2.."
"Ish. Pandai2 pulak pekena kita lagi.. Anyway, thank u. in sya Allah tercapai."
"Ameen……….." Gadis itu senyum, senangnya hati saya.. :) saya gembira bila gadis itu gembira.

Sunday, February 20, 2011

kenapa dengan diri???

bismillahirrahmanirrahim...

semalam saya hilang sekejap... gadis itu sah serabut.. jadi, saya nak pesan pada gadis itu..

"jangan serabut2.. buat satu2.. awak tahu diri awak sendiri.. awak tahu apa yang terbaik sebenarnya dalam diri awak. cumanya awak kurang koreksi diri awak.. rajin2 bangun qiam, lepaskan pada Khalikmu.. in sya Allah, awak akan lega dan tersusun saja urusan awak.. awak jangan malu.. jangan malu untuk berdoa.. tapi malu untuk melakukan salah dan maksiat kepada-Nya.. Saya selalu diserang musuh Allah dan musuh manusia itu.. jika awak kuat, in sya Allah saya juga kuat. awak tahukan siapa saya? saya sebahagian dari diri awak. cumanya saya mampu pandang awak dari jauh bila awak lupa saya.. tolong jangan lupa saya, in sya Allah awak tak akan lupa Allah... Muhasabah lah diri awak.. awak jangan leka .. ingat saya pesan awak kena susun elok2 hidup awk.. nak saya tolong ?? boleh aje.. nanti saya tolong.. tapi tolong awk sentiasa ingt awak, cuba lawan nafsu dalam diri awak. awak pasti jadi yang terbaik.. menangislah bersama saya dihadapan Allah, saya akan sentiasa disisi awak.. awak jangan lupa itu, saya akan sentiasa dengan awak walaupun disaat awak melupakan saya... "

gadis itu diam.. kemudia dia tersenyum..
"in sya Allah". hanya itu yang terlahir di bibirnya..

Saturday, February 12, 2011

awak hanya pelakon di pentas dunia ini..

bismillahirrahmanirrahim....

hehe :) lama sungguh x menulis.. lama tak berkongsi cerita.. sekarang dah fatrah study.. 17hb dah exam.. gadis itu pon nak exam sekali dengan saya.. tapi saya tengok dia tak pegang buku lagi.. agak2 dia sedar tak sekarang ni sem nazak yang perlukn struggle.. huh.. mungkin salah saya.. saya tak nasihat dia..

yeke??? xnasihat ker??

***

gadis itu rebah atas katil.. mungkin penat agaknya.. saya mendekatinya..

"penat ker? nak saya urut?

"tak payah, saya jer prihatin kat orang, tapi orang tak prihatin pon kat saya."

gadis itu gigit bibir bawah. macam geram je..

"saya kan ada? apa pula xde orang prihatin kat awak?

"awak?? buat apa dengan awak?? awak tu memang kena prihatin dengan saya. lagipun saya jarang pun kisah kat awak. saya nak orang lain dalam bilik ni!! orang lain yang saya take care of her!!"

"sapa?"

"???, malas nak cakap."

'huh.. mesti something yang berlaku, tu macam angin je..nak masuk jarum ke tak ye??' saya monolog sendiri..

"em... dengar sini kejap.. bila awak tolong orang, orang akan tolong awak semula.. dan yang tolong awak tu bukanlah orang yang awak tolong b4 nie.., tapi orang lain yang Allah bagi hidayah kepadanya. Awak dah lupa ke pesan ibu awak? saya cuba tidak terasa dengan kata2nya tadi. saya tahu dia marah.

Gadis itu memang begitu. dia sangat sensitif, dan sangat memendam rasa. Gadis itu sedang belajar, sabar dan huznuzon. saya bangga dengan dia kerana sudi belajar. pernah saya menangis sebab sabarnya dia menahan amarah. :) mungkin kali itu saja.. gadis itu juga pantang orang cari pasal. memang dia ja nak menang. haha kelakar sangat bila saya ingat semula.. saya baru perasan itu sikapnya begitu. dan mungkin kerana saya tidak begitu kenal dirinya, menyebabkan saya tak dapat mengawalnya.. em..

"Ibu.... dah la.. malas nak cakap dah.. nak tidur kejap.."

Gadis itu menangis diam.

benar saya lihat.. dia berssabar dengan budak biliknya. saya tahu itu bukan sikapnya. gadiss itu seorang yang memang berterus terang atau pon kadang2 menyindir. kadang2 saya terpaksa tepuk bahunya juga supaya jaga kata2.. tapi itulah dia..

***

"Awak, bangunlah.. dah pukul 6.15petang dah. awak belum solatkan?"

Gadis itu melihat jam tangannya, kemudian dia memandang sekeliling. ada beberapa orang budak biliknya duduk di meja study dan katil.

"Ish, geramnya."

Gadis itu melepaskan keluhan. Entah apa yang dia geramkan, saya juga tak tahu.

***

Seusai saja dia solat, dia baring semula di atas katil..

"Awak ada masalah?" saya cuba bertanya lembut2..

"Masalah? sangat banyak."

"Istiqfar ye.." saya memujuknya. Gadis itu diam, mungkin istiqfar didalam hati. Tapi matanya semakin redup, air jernih kelihatan, tunggu gugur ja."

saya mengurut perlahan belakangnya..

"nak kongsi dengan saya?"

"em..." Gadis itu kelihatan berat lagi. saya biarkan. jika dia nak bercerita, dia akan bercerita.

"Kenapa ada orang dengki dengan saya?"

"em?" saya terkejut.

"kenapa cakap gitu? ada orang cakap dengan awak ye?"

"dia tak cakap, tapi dari perbuatannya, kata2 sindirannya, saya tahu la!"

"Ok2.. awak.. teka je kan?"

gadis itu diam, kemudian mengangguk.

"dengar sini..." tak sempat saya nak menghabiskan kata2, gadis itu menyampuk.

"Ye saya tahu.. saya kena huznuzon, perasaan saya je.. saya xboleh teka bukan2.."

saya senyum tawar dan mengangguk. Gadis itu menyambung lagi.

"Dan... saya tahu, saya suka sindir orang, jadi, Allah balas balik cash ke saya dengan orang lain pulak sindir saya.....tapi awak tahu x??"

"tahu apa?" saya bertanya lembut, taknak dia curah minyak lagi.

"orang yang sindir saya tu,.. orang yang saya ambil berat, orang yang saya cuba salurkan kasih sayang saya. saya taknak benci2 orang. tapi orang tu lah yang hancurkan sayang yang baru ja nak berputik.. kenapa jadi macam tu.?? saya rasa macam nak jahit je mulut saya. saya taknak bercakap dengan sapa2 pon. dengan awak pon saya taknak cakap.!!!"

...

"cubalah.. jangan cakap dengan orang lain. jangan senyum pada orang. tapi dengan saya, taknak cakap pon, dengar cakap saya, boleh?"

Gadis itu mengerut dahi..

"hahaha.." gadis itu ketawa buat2.

"jangan mengarut lah.. kalau saya tak tegur orang, orang akan tegur saya. dan kalau saya tak senyum pada orang, itu lagi teruk sebab saya x reti la nak xsenyum pada orang..awak ajarlah saya.. plez......."

"hah! tu la jawapannya."

"Apa??" gadis itu pelik.

"Awak xnak tegur orang tapi orang akan tegur awak. itu tandanya dirang prihatin dengan awak..."

"takde lah, diorang perli je."

"Gini, awak ingat x kisah nabi, bilamana ada sorang perempuan yahudi suka menyumpah2 nabi, tapi nabi tetap memberi suapan kepadanya.. Adakah situasi awak truk lagi pada itu? "

"Tapi...." saya tak membenarkan gadis itu bersuara.

" Ingat, walaupun itu nabi, awak hanya manusia biasa, tp Allah dah susun elok dah ikut kemampuan hambanya masing2.. sikit je tu awak. awak anggaplah segala perbuatan mereka itu hanya lakonan depan awak. suatu komedi atau kisah masyarakat. kerana awakkan hanya pelakon kan dan penonton kepada pelakon yang lain..? Allah adalah hakimnya, yang akan menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah."

saya menyambung lagi.

"mereka juga manusia yang tak lepas pada masalah. INGAT! awak sedang menonton mereka berlakon. dan awak tegur andai lakon mereka itu salah, tak ikut skrip. Awak faham tak apa yang nak saya sampaikan?"

"hahaha... kelakar lah awak.. kalau saya pelakon, siapa pengarah?"

"saya pon boleh jadik pengarah, tp pengarah dan merangkap pengurus awak.boleh?"

"hahaha.. boleh.... in sya Allah.. saya faham sangat, awak.. terima kasih sangat2.... saya beruntung ada awak di sisi.. terima kasih.. SAYA SAYANGGGG AWAKK."

saya tersenyum puas.. dia ketawa kembali... saya juga sayang awak. sayang awak sangat2.. awak tak boleh kehilangan saya.. :) saya gembira gadis itu ketawa semula..

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)