Salamualaik...
cuti kat rumah ni, saya ambil peluang mengutip sebanyaknya pengalaman..
start ja cuti 26hb feb, saya terus ke program sehinggalah 4hb mac..
11,12,13hb mac pula,
saya ikuti kem remaja.. bersama2 saya peserta pelajar ting. 1 hingga ting. 5...

game buat gaya ikut rentak lagu..

adik2 dah tak sabar nak main.. hehe(padahal pakat malu)

pembentangan daripada adik2, berkenaan masalah remaja..

bersungguh adik2 nak fahamkan pendengar

warming up dulu sebelum main sukaneka..

nak main tuju selipar pulak...

game dalam grup masing2..
rupa2nya.. layan budak2 menengah nie lain dengan melayan budak2 universiti.. kena banyak2 bersabar la..
selalunya, kita ini sangat inginkan perhatian.. perhatian daripada org yang dipercayai.. perhatian seperti kasih sayang, sanjungan, pujian, ambil berat dan sebagainya.. dan siapakah yang boleh memberikan perhatian sepenuhnya sehingga kita tidak rasa dipinggirkan..
ada ke??
***
sukar nak mencari, dan saya rasa mustahil.. setiap orang ada tanggungjawab masing2.. dan setiap orang pasti terleka dan terlepas pandang, jadi mustahil nak mencari seorang teman yang mampu memberi sepenuh perhatian kepada kita, melainkan dia tiada apa2 kerja nak dibuat..
Ingat lagi saya kata2 seorang ustaz di situ..
1) dalam membentuk jiwa dan peribadi anak2, terutama yang kecil dan mentah, kita kena pandai menggunakan perkataan, dan pandai bermain kata dengan budak2 ni..
2) tolong hindarkan daripada menggunakan perkataan "jangan" kerana dengan perkataan "jangan", maknanya kita sedang melarang. dan apa yang kita larang itulah yang akan, anak2 akan buat.sebaliknya bila kita lagi menyuruh, lagi mereka tersentak, nak buat ke tak?? budak2 usia sekolah rendah dan menengah ni, berfikiran sonsang.hehe..
*saya juga belajar tentang untuk menjadi remaja mukmin yang sejati.. :DD walaupun penyampaian itu untuk adik2, tetapi akak2 dan abang2 fasi tetap peroleh kebaikannya.. like*
***
gadis itu membelek2 calendar henfonnya, "tak lekat jugak aku kat rumah"..
saya pandang dia.. "bagus lah, ni la peluang nak ambil sebanyaknya pengalaman.."
"ye2, tu memang betul, tapi saya perlu pandai bahagikan masa sebaiknya, saya tak nak pengalaman yang saya lalui ni pergi tanpa tinggalkan apa2 pengajaran atau tauladan atau kenangan."
"so? u shuld create it first."
"that's the problem, i don't know."
"maybe u can keep them in your diary?"
Gadis itu senyum... saya juga juga senyum, dapat berkongsi dengan yang lain..:)
***
rehat sekejap di rumah, saya kutip pengalaman lagi pada,
16,17,18,dan 19 mac..kali ni di bukit air pulak.. untuk kali ini, saya bersama adik dari darjah 3 hingga darjah 6.. lagi mencabar..
berikut adalah gambar2 bersama mereka..

baru datang, mendengar taklimat awal

ni lah adik group saya.. comel2 kan??:DD

mereka sedang buat warming up, ada riadhah pagi..

nah! percubaan zaki(baju belang) meletupkan belon dengan api..
tetapi tidak meletup. kenapa?? jeng2.... cuba teka..

mira usha kertas tu berdebar, pop!! kena diri sendiri, kena belakon..
hehe... bagus betul mira dalam lakon, dia kena nasihat adiknya utk rajin belajar.. :)

bersolat jemaah dalam surau tepi hutan..
alhamdulillah.. walaupun mencabar, cabaran itu yang mendidik jiwa ni supaya sabar.. terima kasih adik2 ku...:)
"awak, nak tahu x, saya rasa sangat2 kesal selepas program ni."
Gadis itu pelik.." ??" sambil mengangkat keningnya menginginkan penjelasan.
"sebab, saya x hantar adik saya ke program ni. saya ada adik darjah 3. sangat sesuai if saya hantar."
"Ish2,, ada lah hikmahnya tu.. awakkan selalu ajar saya yang tentang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya? lagipun, saya rasa bersalah juga sebab tak ingatkan awak"
"eh, tak da apa la.. awak x salah apa pon, human is not perfect, like me too. bagaimana saya nak bimbing awak, kadang2 saya juga lupa?"
"akal dan nafsu tak dapat dipisahkan, dan iman lah yang membantu kita. awak dah cukup bagus pertimbangkan untuk saya, moga iman kita terus naik bersama kita.."
"in Sya Allah".. saya senyum puas.. gadis itu boleh menasihati saya maknanya dia akan lebih rasional berfikir selepas ni.. saya tak boleh leka.apapun, saya sebagai backup dia bila dia down...
:)))






No comments:
Post a Comment