Ya Allah, terima kasih..
...
..
.
Astaqfirullah..
aku jadi malu pd-Mu, pd diri sendiri.
Kau dengar doaku.
Kau tidak hampakan aku.
Mungkinkah ini yang terbaik utk aku??
...
Aku xfaham.
Aku keliru.
Aku bingung.
Aku gembira tp aku juga sedih.
Aku takut.
takut istidraj..
takut....
...
Ya Allah..
Kau sayangkah padaku?
Inikah tanda kasih sayang-Mu?
Aku segan..malu..
Aku cepat lupa.
Terima Kasih Ya Allah.
Kau reminder terbaik,
terbaik daripada yang terbaik.
paling terbaik!!
...
nikmat-Mu sangat tidak terkira,
Adakah aku layak rasainya??
Aku takut..
Aku lupa pada-Mu..
Ampuniku Ya Allah.
...
Apa sebenarnya semua ini Ya Allah??
Aku selalu berfikir,
Pemurahnya Engkau,
Tapi kenapa aku?
Aku risau.
Dulu, aku yakin pada-Mu,
Kini, aku tetap yakin.
tapi... kenapa aku rasa pelik?
pelik sangat, tak mcm dulu.
Apakah maksudnya?
...
Terima kasih Ya Allah,
Kau dengar doaku??
Tarbiyah-Mu cukup mantap,
Aku jadi kalah,
Kenapa Ya Allah??
Kau dengar doaku.
padahal,aku lupa pada-Mu,
Aku jadi takut.
Tenangkanlah hatiku, Ya Allah.
Kau Maha Besar lagi Maha Mendengar.
...
Bila aku tak mampu,
Sememangnya Engkau Maha Mengetahui,
Bila aku mampu,
itulah yang terbaik Engkau aturkan,
...
Aku tidak berkira,
kerana Engkau tidak berkira.
Aku yakin itu,
Kau mengiyakannya.
Aku jadi pelik.
...
Ya Allah...
Aku dah buat apa untuk-Mu??
Aku xnampak.
Aku buta.
tp..Kau Maha Melihat,
Kau Maha Pemurah,
aku...
aku xsanggup lg,
kerana aku tkut lemah,
tp... Kau Maha Mengetahui,
Kau Maha Pemurah.
...
Aku perlu cari,
atau aku perlu tunggu??
tunggu dan lihat??
aku...
mohon pada-Mu,
"lancarkanlah perjalanan hidupku"
Kau Maha Mendengar,
Maha Pemurah...
...
Terima Kasih saudaraku,
terima kasih..
terima kasih pada pembantu2 Allah,
tanpa kalian menjadi sandarannya,
aku tidak sedar,
kerana tarbiyah-Nya tidak sampai,
kerana kalian,
aku sedar,
Allah mahu ajar aku.
Aku yang ego, sombong..
tapi, Kau Maha Penyayang..
...
Insya-Allah...
Insya-Allah...
Aku akan tunjukkan sesuatu pada-Mu,
Aku juga belum pasti apa,
tp aku pasti ada,
Kau Maha berkuasa,
mengatur seluruhnya tanpa silap.
subhanallah...
...
Aku tak akan berhenti di sini,
kerana Kau tidak pernah berhenti memberi,
kerana Kau Maha Pemurah,
aku yang bodoh,
yang lupa.
tp Kau hadiahkan padaku,
pastinya aku ingat pada-Mu,
itu aku tidak pernah lupa,
kerana aku takut,
takut azab-Mu.
takut aturan-Mu di akan datang.
...
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa2 ibu dan bapaku,
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa2 adik beradikku,
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa2 saudara2ku,
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa2 muslimin dan muslimat,
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa2ku yang melangit tinggi..


No comments:
Post a Comment