Pada suatu tengahari~~
Gadis itu masuk ke dapur..
"Umi, kakngah dah tengok result"
"Ha! berapa?"
Gadis itu mencemik mulut.
"2?"
Mengangguk lemah gadis itu.
"Berapa??"
***
"Tu la. Main."
"Em....BTQ la umi" Gadis itu senyum tawar.
"Tak pa. Pulun lagi nanti."
'Alhamdulillah' Gadis itu senyum lega.
Senyap...
"Adibah terer umi!!! hebat."
"Pandai?"
"Mestilah!"
Galak gadis itu bercerita.
.............
Gadis itu diam.. Si ibu bersuara.
"Duk kira orang... Kita ni? macam mana?"
"Mmm.."
"Nak berjaya ni kena rapat dgn Allah. Dengaq dalam IKIM hari tu, depa panggil budak yang dapat 20A. Budak tu buat tahajud...paling kurang seminggu sekali. puasa isnin kamis...yang penting taat ibu bapa... restu ibu bapa tu yang penting.Restu Allah terletak pada restu ibu bapa. Masa nak buka posa tu, baca doa,'Ya Allah kuatkanlah ingatanku, bagilah aku rajin belajaq'. Kakngah ni besa2 pon dapat result cam tu, kalau buat macam budak tu lagi elok"
"Mmm.. memang pon.insya-Allah. Sem depan 5sub + 4 dr sem lepas. Tak taw boleh ke dak"
"Boleh, solat tu jangan tingge, solat awai waktu, bukan tunggu nak masuk waktu len baghu nk solat..."
"Ya........"
"Posa isnin kamis tu jgn tingge... hari len pon boleh nak posa, selang sari. macam posa nabi daud."
"Ya...... Insya-Allah... Umi tolonglah kejut sahur.. hehe"
"Kunci jam telepon tu, ada dua saja kalau tak guna."
"Tau la...terima kasih. hehehe.."
"Tu la... kita kena baik dgn org, nak bangun sahur ke nak wat apa pon senang. Ada org nak tolong. Nak harap kita ja, kadang2 boleh kadang2 tak boleh..."
"Kakngah ada kawan ramai la... walaupon Izzah dah takda..InsyaAllah kakngah boleh la..hehe...Don wori la.. kat sana kakngah boleh py bangun... jus takda org nk teman ja la... kalau sorang2 tu paham2 ja la.. setan lagi kuat...huhu...kat ghumah ja susah nk terbangun.."
"Susah apanya.. org kecut dah, dia yang tak bangun... kat sana senang ka bangun??"
"Hahahahaha.. umi wat lawak la.. mesti la senang..hahaha.. kakngah xpernah miss kelas tau..haha"
"Hehe..Nasib baik..Ingatkan susah jugak... pagi2 lepas subuh jangan dok tidoq, time tu lagi elok study. Ilmu lagi senang masuk. Fresh lagi.."
"Ye2... jarang ah tidoq.. umi pon tau kakngah kan....?? kalau kakngah tidoq la..huh!! alamat kelas tuang la..hahaha..=DD"
"Kelas tu jangan tingge. Bagi perhatian dalam klas. Tak tau tanya.."
"Hehe.. yang 1st tu boleh.... No prob... yang 2nd n 3rd tu masalah cket.. kepala ni salu pening2 lalat..pastu ustaz Sudan plak umi.. susah.."
"Susah pe kebendanya??? umi salu msg , kul 2,3 pagi tak tidoq lagi.. buat apa la pagi2 tu...."
"Study la umi... nama pon student..haha..."
"hmmm.. Ye la.. Study... ka, dok main ja.."
"Hahah.. tu sampingan.. sambil2.. sambil menyelam minum ayaq..haha"
"Menyelam pon menyelam jugak, jangan sampai lemas...=)"
"Hahahaha... Insya-Allah... Tak lemas py.. Tengok la nanti..hehe..=)"
***
"Abuya, kakngah dapat no.2.. Hari tu no.3.." Si ibu gelak.
"No. 2 apa plak umi..hahaha"
"Bagus la.. nanti dapat no.1 plak" Si ayah sengih.
"Aaaaa.. tak mau la.... haha.. orang nak dapat no.4.. baru mantop.."
"Hah??" Si ayah pelik..
"Hahahahaha..." Gadis itu dan ibunya ketawa melihat si ayah yang tak faham apa yang diperkatakan.
***
Alhamdulillah...
Kau tahu aku takut...
Kau redakan ketakutan.
Walau malu,
Itu kerana usahaku juga.
Kau sememangnya Maha Adil.
Maha Pemurah..
Terima Kasih Ya Allah...


No comments:
Post a Comment