:: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.. sebarkanlah salam kerana itu menjalin erat ukhwah sesama muslim..~~^^
Ujian untuk diriku
"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)
Allah Maha Melihat~~^^
"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)
Klik sini untuk ikut ~~=)
Sekarang pukul.....
Hari ni hari.....
Sunday, September 30, 2012
Hakikat realiti kini~
Bismillah..
Di suatu tempat aku berdiri,
Dikelilingi dengan pelbagai jenis makhluk,
Aku melihat ke kanan, sakit mataku.
Beralih melihat ke kiri pula, sakit kepalaku.
melihat pula ke hadapan dan berpusing ke belakang, apa ini??
Aku berpusing 360% melihat dan memerhati manusia di sekelilingku.
Ahhh!! kepalaku sakit..
akhirnya mataku terpaku ke bawah,
seperti tidak mahu mengangkat kepala memandang ke tempat lain..
hati menjadi lebih tenang memandang tanah,
tanah yang mengingati aku kepada asal usul kejadianku..
Akhirnya kaki bergerak perlahan2..
melihat makhluk di tanah lebih menenangkan..
Seketika di tanah yang lapang,
aku beralih pandangan ke atas langit,
langit biru dihiasi awan putih sedikit kehitaman,
keadaan mendung akan hujan barangkali..
bagaikan mengerti alam ini akan hatiku,
sebak melihat anak bangsa sendiri..
tertekan berfikir akan penyembuhan kerenah mereka..
tiba-tiba hujan renyai-renyai mennitik di kepalaku,
kakiku terpaku, sesaat kemudian aku tersedar dan pantas mencari tempat berteduh,
manusia sesak kanan kiri, tiada tempat berteduh?? detik hatiku..
mana? adakah ada lagi tempat berteduh?
Aku berpusing2 memerhati seluruh penjuru..
Tiba2 aku ternampak ada tangan menggamit,
dia memanggil aku kah?
dia tersenyum mengiakan bagai memahami monologku.
aku berlari ke arah orang itu,
Dia menghulurkan tangan dan menarikku naik ke kaki lima bangunan,
kami berundur beberapa langkah ke belakang,
terdapat 2 tempat duduk kosong dan kami duduk.
Aku berasa lega. terhindar daripada hujan acid,
terhindar juga daripada demam akibat bermain air hujan.
Dapat pula duduk sementara menunggu hujan berhenti.
Siapakah dia.? orang itu tersenyum..
mendorong untuk aku juga tersenyum..
kami sama2 tersenyum dan tertawa,
gembira kerana dapat tempat selesa utk berteduh..
walaupun bagai tin sardin sesaknya sekeliling..
itulah dia gambaran kehidupan ini..
INI adalah analogi.. sapa yang tak faham, boleh tanya saya.. Hehhe~
Setiap manusia telah ditetapkan keadaannya di dunia ini, soal hidup dan matinya, soal pertemuan dan perpisahannya, soal kejayaan dan kegagalannya, soal kegembiraan dan kesedihannya, dan segala aspek kehidupan manusia itu telah di tetapkan..
Di perjalanan kehidupan pula terdapatnya pelbagai masalah, ujian, dan kesusahan yg wajib dihadapi manusia. manusia akan berfikir, mencari penyelesaian untuk keluar daripada ujian, masalh dan kesusahan yang di alami, cuba menyelesaikan sendiri dan juga cuba untuk meminta bantuan daripada orang sekeliling.
Sesetengah manusia, apabila masalah yang ditimpa itu terlalu berat, mereka terus putus asa, tidak sanggup meneruskan lagi.. mereka ini golongan yang tidak yakin dengan pertolongan Allah. Allah telah berfirman yang bermaksud;
"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka , mereka berputus asa dan hilang harapannya. (Fussilat: 49)
"Dan jika kami berikan rahmat kami kepada manusia, kemudian (rahmat itu) kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih." (Hud: 9)
Namun apabila pertolongan datang, mereka lupa bahawa pertolongan itu adalah daripada Allah, mereka memuja pertolongan daripada manusia itu.
Allah berfirman lagi ;
"Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa." (Fussilat: 51)
Pergh! kan dah kena!
Orang kata, kalau nak mahir dalam matematik, kena rajin buat latihan. jadi, begitu juga dengn bersyukur, berdoa dan mengingati Allah..
mungkin saja kita yang banyk buat dosa dan perkara lagha ni akan lupa pda Allah di kala senang, sebaliknya apabila susah baru nak ingat Allah, tidak mustahil untuk menjadi orang yang sentiasa ingat Allah di kala senang atau susah,,
MUDAH SAJA!
dengan cara LATIHAN!
Berlatih mengucapkan alhamdulillah tidak kira senang/ susah,
Sentiasa ingatkan sahabat kita utk ingatkan kita utk senyum dikala muka kita berubah pekat/ ketat.. :p
Latih lidah utk berkata TERIMA KASIH di kala senang atau susah..
In sya Allah, akan terbiasa.
Di waktu sesak dan serabut dengan masalah, seperti tiada siapa yang kita nmpk utk mohon bantuan, sebenarnya ada yang sudi menghulurkan tangan. JANGAN RISAU. Allah sentiasa memerhati dan tidak pernak leka memberi kepada hamba2nya. TAPI, dengan syarat, mestilah dan wajib sentiasa berSANGKA BAIK dengan Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya.. ^_^ senyum saja pada msalah..
FIGHTING !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Maha Pemurah~~^^
"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)


No comments:
Post a Comment