Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Janji yang dituturkan sangat sukar untuk dipenuhi..
kerana kadang-kadang ia dibatasi dan dihalangi dengan pelbagai dugaan dan rintangan..
Diri sendiri berasa lemah dek kerenah berlainan manusia sekeliling,
sama ada kita yang tidak menghiraukan mereka,
atau mereka yang tidak hiraukan kita..
sama ada mereka mencari kesalahan diri kita,
atau kita yang mencipta kesalahan itu.
sama ada mereka memandang rendah kepada kita,
atau kita yang diletakkan ditempat yang tak sepatutnya..
Hari ini Jumaat yang mulia, di satu sudut penjuru bilik terletaknya sebuah meja belajar. Kelihatan seorang gadis sedang menggerakkan tetikus sambil memandang ke arah screen notebooknya, riak wajahnya kelihatan serius. Leka Suriyana atau nama panggilannya Ana menggerakkan tetikusnya, tiba-tiba telefon bimbitnya bergegar tanda ada mesej masuk. Dengan pantas dibuka mesej itu dan membacanya,
"Akak, gi x ptg ni?"
riak wajah yang biasa terus berkerut, serta merta sakit di kepalanya menyerang. Gadis itu pelik semenjak semalam dia terasa sakit dikepalanya, berlanjutan sehingga ke petang jumaat itu, sambil tangan kirinya memicit-micit kepala, tangan kanannya pantas membalas mesej.
"Maaf, akak ada keja. leh x gi lmbt sikit?
seketika mesej di hantar, masuk pulak satu mesej yang lain.
"Reminder buat sahabat:
jgn lupa janji kita ptg ini,
mengeluarkan peluh, menyihatkan tubuh.
Jom makan mlm bersama!
jumpa nanti! ^_^"
Hati yang tiada apa2 tiba2 berdebar-debar dan gelisah. tidak tahu apa yang patut dilakukannya, sama ada penuhi atau tidak permintaan mesej itu. Beberapa saat dia berfikir, iman dan nafsunya bertengkar, akhirnya nafsunya menang, dia memilih untuk melayan sakit di kepalanya, badannya juga lenguh kerana tidur yang berlebihan lantaran sakit kepala yg berlanjutan dari pagi hingga petang. Gadis itu membiarkan hensetnya di tepi dan terus memasang headphone di kepala melayani muzik2 slow . 1 jam berlalu tanpa apa2 yang bermanfaat singgah di pemikiran Ana. Sengaja Ana melayan jiwanya yang resah dengan lagu2 dan pembacaan di blog2. Hatinya tetap tidak tenang, terbayang dia sahabat2 nya sedang berseronok berukhuwwah sedangkan dia terperuk di bilik melayan nafsu malasnya. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu blog, jejarinya pantas menekan right click dan new tab window. Perlahan-lahan dia membaca isi blog itu.
"Para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan."
"Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT.."
"Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,"
"Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan,"
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau,
Ahad, 27 Mac 2011
Tiba-tiba hatinya tersentak dengan satu kata2, sehingga tanpa di sedari, air matanya deras mengalir..
"Ahli jemaah dan harakah yang hakiki ialah seorang yang menyelesaikan masalah masyarakat, bukannya orang yang menimbulkan masalah!!!"
::Allayarham Murabbi Ustaz Yahya Othman:::

Hari itu, dia menyesal dengan perbuatannya. Namun, hanya hari itu sahajakah? bagaimana dengan hari2 seterusnya?~ Hanya Allah dan si empunya diri sahaja yang tahu sehinggalah hati itu membuka berkongsi ceritanya . Semoga ia bermanfaat buat semua..
To be continued...
To be continued...

No comments:
Post a Comment