Ujian untuk diriku

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANNYA."(AL-BAQARAH:286)




Allah Maha Melihat~~^^

"Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al Mujadalah: 7)

Klik sini untuk ikut ~~=)

Sekarang pukul.....

Hari ni hari.....

Saturday, February 9, 2013

Itulah Pemimpin


Kaki seorang pemimpin sebelah di syurga, sebelah di neraka. 
Pemimpin yang hebat, 
pemimpin yang menjadikan amanah kepimpinan sebagai peluang perubahan diri ke arah yang lebih baik. 


Sebelum jadi pimpinan, mereka culas dengan ibadat dan menjaga hati. 
Selepas jadi pimpinan, mereka sangat cakna dengan kesempurnaan ibadat dan menjauhi segala perbuatan yang mengotori hatinya. 
Mereka sangat takut akan dosa diri mereka senditi yang akan menjadi hijab turunnya rahmat kepada jemaah.



الناس على دين ملوكهم



Setiap kita ialah pemimpin. Jom jadi pemimpin bertaqwa dan bertanggungjawab.

Ya Allah,
Jika ini wasilah tarbiyahMu kepadaku,
Akanku jaga amanah ini sebaiknya,
Akanku lebih dekatkan diriku padaMu,
Semoga Kau memberi ku hidayah,
dalam menelusuri wasilah ini,
agar aku menjadi orang yg bermanfaat kepada yang lain..

4 jenis tahap pemimpin >>

1- Seorang pemimpin yang dilantik semata-mata, maka dia diterima sebagai pemimpin.
2- Seorang pemimpin yang dilantik dan disenangi untuk bergerak kerja bersama-samanya.
3- Seorang pemimpin yang bukan sahaja disenangi, malah hasil kepimpinannya menghasilkan impak positif hasil kepimpinan yang diterajuinya.
4- Seorang pemimpin yang berjaya disenangi memberi hasil yang cukup memberansangkan. Pada masa yang sama, dia mampu melahirkan pemimpin sepertinya.

*Kita berada di tahap mana? sekurang-kurangnya lantiklah dam jadilah pemimpin kepada diri sendiri.


No comments:

Allah Maha Pemurah~~^^

"Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka." (Al Talaq: 2)